'ANAK PRNAH TRJATUH DR KATIL DI USIA 5 BULAN, STHN KMUDIAN..

Nur ain ...| 2015-12-10| 檢舉

Salam, saya nak kongsikan satu perkara. Ada anak pernah terjatuh dari katil semasa dia berumur 5 bulan. Ya, bergolek merangkak atas badan ibunya yang sedang tidur mati dek kepenatan di siang hari.

Selepas terjatuh, si ibu mendapati pergerakan anaknya masih normal pada pandangannya. Mampu merangkak dan berjalan pada usia 12 bulan. Tetapi apabila sudah berusia setahum anaknya menghadapi masalah untuk membuang air besar. 4 atau 5 hari, hanya sekali sahaja dia dapat membuang air besar.

Ibu dan ayahnya berikhtiar dengan memberi makan buah-buahan, air vitagen, air delima tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Anak mereka masih tidak mampu untuk membuang air besar dengan kerap.

Sehingga di usia setahun 8 bulan, anaknya itu ditegur oleh seorang tukang urut yang berpengalaman yang mengatakan bahawa anaknya itu mengalami masalah tulang belakang.

Lalu tukang urut itu memberitahu simptom berikut:

Adakah anak pernah terjatuh dari katil, buaian, semasa naik walker, dari dokongan orang dewasa? Adakah anak susah untuk membuang air besar dan najisnya keras serta timbul sisik pada kulit? Anak tiada selera makan seperti kanak-kanak yang lain. Anak tidur berdengkur Bila tak dapat sesuatu, mudah meragam. Tidur malam kerap terjaga. Mudah mendapat jangkitan selsema dan demam. Air liur sentiasa mengalir walaupun bukan masa nak tumbuh gigi. Punggungnya besar sebelah dan bahagian belakang rata selari dengan bahagian punggung Betis anak kurang dan payah nak berisi Tiada jaluran urat pada bahagian atas tumitdan urat keting tidak kelihatan. Apabila berjalan terlanggar sesuatu, terus terjatuh tanpa mampu menahan diri dari terjatuh.

Anak ini ada sisik/kulit kasar sedikit di atas buku lali kanan. Mula berdengkur ketika berusia 5 bulan ke atas. Juga kerap terjaga dan menangis pada jam 2 atau 3 pagi, terpaksa ditidurkan di atas bahu sambil didukung oleh ibu bapanya. Selain itu, anak ini juga sentiasa perlu memakan ubat bila tidak sihat.

Ya, semua petanda yang disebutkan oleh tukang urut itu ada pada anak ini. Menurutnya, tulang belakang anak ini sudah kritikal walaupun dari luaran ia nampak normal di mata ibu bapa. Namun jika dibiarkan, apabila dewasa kelak berkemungkinan besar anak akan menjadi lumpuh hampir seluruh badan.

Wana'uzubillahi min zalik!

Jalan penyelesaiannya, ibu bapanya kini menghantar anak mereka untuk diurut setiap hari sehingga sembuh semata-mata untuk memperbetulkan uratyang sudah lama terjatuh ketika di usia 5 bulan dulu.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-4, lurah tulang belakang anak ini sudah semakin kelihatan. Dia juga dapat tidur dengan lena, selera makan bertambah dan kelihatan semakin selesa dengan badannya.

Jadi, nasihat kepada ibu bapa, jika ada anak yang terjatuh, walaupun dari sudut medikalnya selepas terjatuh tiada muntah, demam atau sakit apa-apa, segeralah bertindak. Bawalah anak anda untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital atau jumpa pakar terapi bahagian bayi atau bagi yang berminat dengan cara tradisional, berjumpalah dengan tukang urut yang benar-benar berpengalaman. Pastikan seluruh urat dan tubuh anak anda tiada apa-apa.

Akhir kata, sama-samalah kita mendoakan agar anak-anak syurga kita semua sihat walafiat dari sebarang penyakit. Ameen ya Allah.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node782353

轉載請註明來源:今天頭條