Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah diluluskan atau berjaya.
Bagaimanapun, keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2016
Pemohon boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut
Langkah 1
Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M tahun 2016 Sila layariAplikasi Sistem Semakan Status Permohonan BR1M 2016
Langkah 2
Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia .Klik pada butang Semakan Status Permohonan Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran Soalan Keselamatan Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan akan dipaparkan Paparan Status Permohonan Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut.
Nota:Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan.Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke [email protected]
Pautan Sumber: mysumber.com
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node782255轉載請註明來源:今天頭條