
NILAI – Empat anggota polis dikejar seorang lelaki bersenjatakan parang di rumah pangsa di Nilai Perdana, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 9.15 pagi itu, lelaki berusia 46 tahun itu dipercayai sakit mental, dikatakan mengamuk lalu mengacukan parang terhadap anggota polis terbabit.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, sebelum kejadian, polis menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengatakan suaminya mengamuk.
「Dua anggota bergegas ke lokasi kejadian dan lelaki itu memegang parang sambil mengamuk. Amaran diberi, namun lelaki tersebut tidak mengendahkan, sebaliknya mengejar anggota kami dari tingkat tiga hingga ke bawah.
「Lelaki itu kemudian bertindak memecahkan cermin sisi, depan dan belakang kereta polis menggunakan parang sebaik melihat kenderaan polis di kawasan parkir rumah pangsa,」 katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dua anggota polis bermotosikal turut tiba di lokasi sebelum leleki itu turut menyerang mereka.
「Dia bertindak memecahkan tangki petrol dan kotak isi barang pada motosikal polis. Dua anggota polis terpaksa menyelamatkan diri.
「Lelaki itu juga menggeledah kereta polis dan ketika itu empat anggota dengan bantuan orang ramai mencekupnya,」 katanya.
Zaldino berkata, berlaku sedikit pergelutan dan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian dahi dan tangan.
「Hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu turut menemui sebilah pisau terselit di pinggangnya. Isteri lelaki itu mengatakan suaminya pesakit mental dan tidak bekerja sejak 15 tahun lalu.
「Lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk pemeriksaan kesihatan,」 katanya.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node776793
轉載請註明來源:今天頭條