Orang ramai memenuhi luar rumah di mana dua kanak-kanak dibunuh oleh ibu mereka. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI - Dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lima tahun dikelar ibu kandung mereka dalam kejadian dekat Taman Wira Indah, di sini petang tadi.
Kejadian disedari datuk mereka yang pulang ke rumah jam 3 petang selepas selesai berniaga terkejut apabila mendapati kedua-dua mangsa kaku berlumuran darah dalam sebuah bilik tingkat bawah dalam rumah teres tiga tingkat milik keluarga itu.
Suspek yang berusia lingkungan 30-an turut ditemui dalam bilik sama dalam keadaan kemurungan selain kesan kelar di pergelangan tangan kiri akibat perbuatan sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, polis merampas dua bilah pisau sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.
"Kedua-dua mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher manakala salah seorang lagi turut mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan kiri," katanya.
Menurut Nashir, suspek seorang suri rumah manakala suaminya bekerja sebagai tukang masak di Singapura dan hanya pulang ke rumah sebulan sekali.
Turut tinggal di rumah berkenaan, nenek mangsa berusia 60an.
"Soal siasat kepada datuk mangsa mengesahkan perbuatan malang itu dilakukan ibu kanak-kanak terbabit," katanya.
Pemeriksaan di lokasi kejadian dilakukan pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Pakar Patologi Hospital Sultanah Bahiyah(HSB),Alor Setar yang selesai kira-kira jam 7 malam.
Menurut Nashir, rekod kesihatan menunjukkan suspek tiada masalah mental.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk dibedah siasat
.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node765643轉載請註明來源:今天頭條