Kembalikan Semula Folder yg Hilang dlm Pendrive Anda

Bard| 2015-11-19| 檢舉

Serangan Virus SHORTCUT boleh dipulihkan semudah ABC ...

PERNAH TAK bila anda buka pendrive atau external Hard Disk didapati semua Folder TIBA-TIBA hilang. Apa yang muncul ialah shortcut sahaja!!! Ke mana pergi folder itu semua...???

Padahal sebelum Ni Ok.

Jangan Cepat Sangat nak gelabah biawak Hehehe ....

Boleh ikut step ini untuk dapatkan semula semua Folder tersebut:

1 Pergi KE "START";

2. Klik "RUN";

3. Taipkan " cmd "; atau cari dan klik gambar icon command promp,

4. Apabila keluar tetingkap "C: \ Windows \ system32>

5. Taipkan " e : "(atau f: bergantung pada target lokasi pendrive yang mahu dipulihkan)" ...dan tekan Enter

6. Kemudian taipkan . "attrib -s -h *.* /s /d " ...dan tekan Enter.

Tunggu beberapa saat...

...Insya-Allah semua folder kesayangan anda akan muncul semula seperti sediakala.

Moga bermanfaat!!!

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node733258

轉載請註明來源:今天頭條