Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2016 boleh didapati mulai 1 Disember 2015. Pendaftaran hanya perlu dilakukan kepada yang bukan penerima BRIM pada tahun-tahun yang lepas. Sekiranya anda sudahpun merupakan seorang penerima BRIM, anda hanya perlu memastikan anda telah kemaskini maklumat. Kepada yang gagal dalam rayuan BRIM dan masih tidak mendapat apa-apa wang bantuan, sekiranya syarat baru BRIM 2016 mengizinkan, boleh teruskan dengan pendaftaran baharu.
Disyorkan pemohon baru tahun ini boleh menyediakan maklumat bank akaun untuk isian online. Pemohon yang memberi bank akaun akan dapat wang bantuan terus ke dalam akaun bank semasa tempoh pembayaran. Berbanding dengan yang menerima baucar, pembayaran untuk pemohon jenis akaun bank adalah lebih cepat dan selamat.
BRIM 2016 Online
Syarat kelayakan Isi rumah
Telah berkahwin
Merupakan seorang tunggal yang mempunyai tanggungan
Seorang janda atau duda yang mempunyai tanggungan ahli keluarga
Warga emas (seorang diri) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Syarat kelayakan BRIM Bujang
Seorang yang belum berumahtangga, berumur 21 tahun ke atas
Gaji kasar tidak melebihi RM2,000 sebulan
Bukan murid/pelajar kepada mana-mana unit pengajian (Murid akan diberi Baucar Buku 1Malaysia – BB1M)
Jumlah bayaran BRIM
1. Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu diberi RM400
2. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 dibayar RM1000
3. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 ke RM4,000 dibayar RM650
4. Individu yang berada dalam senarai ekasih diber RM1050
Borang BRIM 2016 boleh didapati di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah:
Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Jabatan Pembangunan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Penerangan Agensi-agensi kerajaan seperti wakil rakyat Kemaskini Borang BRIM : Wakil rakyat membantu
Pandangan seorang penerima BRIM yang tidak ingin mendedahkan identitinya, berasa gembira dibantu wakil rayat semasa hari kemaskini BRIM.
Terima kasih kepada yang prihatin akan warga-warga yang perlukan bantuan di kampung ini. Kami berasa gembira kerajaan meneruskan BRIM 2016 dan telah memudahkan proses kemaskini melalui sistem borang online. Tahun lepas kami meminta orang muda untuk bantu kerana ramai yang masih buta komputer. Tahun ini, wakil rakyat Encik Tahil menampil untuk memastikan setiap penerima siap kemaskini permohonan untuk menerima BRIM.
Kami di kampung terpencil ini sebenarnya tidak seteruk yang dibayangkan. Biarpun kelihatan hidup kami susah tetapi sebenarnya pendapatan yang kami perolehi dengan kerja kasar mampu menampung kehidupan seharian. Apa yang Saya gembira pasal BRIM ialah duit tersebut merupakan harapan untuk orang muda dalam keluarga ini untuk keluar dan meneroka dunia yang baharu. Saya berharap cucu saya dapat manfaatkan duit bantuan yang diberi, belajar bersungguh-sungguh dan bila dewasa nanti bolehlah berbakti untuk masyarakat ini dan kepada negara.
Orang yang merungut akan duit BRIM terlalu kecil sebab mereka dalam kehidupan seharian sebelum ini tidak pernah pun mengamalkan tabiat perbelanjaan yang baik. RM350 untuk sebuah keluarga bagi kami besar sungguh maknanya. Dengan jumlah sebegitu sekurang-kurangnya gula dan garam tetap ada di dapur, ataupun boleh saya belikan buku tambahan untuk anak-anak. Anak kedua saya lemah dalam pelajarannya, RM350 itu boleh saya hantar dia kepada pusat tuisyen, dan duit itu cukup untuk setengah tahun.
Demi kebaikan ekonomi, GST tidak boleh dimansuhkan. GST pada jangka masa panjang membantu negara ini untuk menambah pendapatan negara. Bila pendapatan negara meningkat, maka rakyat pun senang nanti. Buat masa sekarang, bak kata Najib Razak, cara terbaik ialah kerajaan bagi BRIM kepada yang perlukan bantuan. Mustahil rakyat yang susah dapat bangkit dengan segera dan negara ini bertambah maju. BRIM bagi saya ialah satu cara daripada seribu cara oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat demi sementara waktu. Kalau anda mengadu ratusan ringgit itu tidak cukup untuk membuat apa-apa, anda sudah tersilap dan kurang memahami niat kerajaan memberikan BRIM.
Berharap kerajaan memperbaharui syarat kelayakan BRIM di tahun 2016, agar ramai lagi dapat berkongsi kegembiraan. Diminta pihak yang bertanggungjawap atas kemaskini permohonan jangan leka memproseskan senarai permohon. Permohonan online BRIM harus dibuka dengan lebih awal kerana bukan semua yang mempunyai kemudahan online atas faktor geografi.
轉載請註明來源:今天頭條