5 ARTIS WANITA CANTIK YG KORANG TAK SANGKA PELAJARAN TINGGI

YS Wmy| 2015-11-11| 檢舉

1.Najwa Mahiaddin

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia.

Namun pelantun suara lagu 「Got to Go」 ini juga memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

2. Lisa Surihani

Pelakon 「Istanbul, Aku Datang」 ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan.

Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

3. Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa.

Namun tidak klise seperti 『pemuzik jalanan』, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

4. Juliana Evans

Pelakon darah kacukan ini merupakan graduan daripada Sunway University College dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa. Malah, Jue Evans juga telah menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Western Michigan University di Amerika Syarikat.

Setelah tamat menyambung 『master』, dia juga telah menjalani kursus lakonan selama 6 bulan di Akademi Filem New York untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuannya dalam bidang lakonan yang dia amat minati.

5. Neelofa

Selepas menjulang piala kemenangan Dewi Remaja 2009/2010 ini, Neelofa telah menceburkan diri dalam bidang lakonan filem dan drama. Kemudiaan berjinak-jinak ke bidang pengacaraan dalam program Nona dan juga Meletop.

Dalam memantapkan lagi 『skills』 dan ilmu dalam bidang lakonan, dia telah terbang ke New York untuk belajar di Sekolah Filem dan Lakonan di Akademi Filem New York selama 6 bulan.

Difahamkan, dia akan kembali semula ke sana dalam waktu terdekat untuk mengasahkan lagi bakatnya serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk karier lakonannya.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node710606

轉載請註明來源:今天頭條