
BANDARAYA MELAKA - Niat murni seorang anak untuk melawatnya bapanya yang sedang tenat di hospital dicemari dengan masalah ketagihan dadah.
Pemuda berusia 25 tahun itu sanggup melencong ke sebuah ladang di Kampung Gelam, di sini, untuk membeli dadah ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka.
Malah, dia sanggup melibatkan adik perempuannya berusia 16 tahun dengan membawanya bersama-sama ke ladang berkenaan.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka, Mohamad Yusof Kameh berkata, lelaki terbabit merupakan antara 66 ditahan kerana disyaki penagih dadah dalam operasi pihaknya di kebun terbabit, semalam.
Beliau berkata, tindakan lelaki itu tidak wajar kerana mendedahkan risiko yang boleh memberi kemudaratan kepada adiknya.
"Lelaki terbabit merupakan anak sulung dan perlu ke hospital untuk menandatangani borang kebenaran pagi semalam bagi membolehkan ayahnya menjalani pembedahan ketumbuhan di kepala," katanya.
Menurutnya, penagih dadah juga sanggup menggunakan apa saja cara sekiranya tidak cukup wang untuk mengambil dadah.
「Pemeriksaan awal, ada juga sanggup menjual komputer riba baru dengan harga RM100 untuk mendapatkan dadah. Ada juga yang hendak ke hospital melawat isteri yang baru bersalin.
「Perkara sebegini membawa satu kepincangan sosial apabila mencuri demi nak kejar 'keseronokan'," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mohamad Yusof berkata, operasi bermula seawal jam 5 pagi bermula dengan sesi taklimat, tamat jam 12 tengah hari semalam turut melaksanakan program My Beautiful Malaysia iaitu aktiviti bergotong-royong membersihkan lokasi berkenaan.
「Lokasi ini aktif menjadi port utama di sekitar kawasan kerana terdapat empat laluan yang boleh diakses penagih dan mereka mudah melarikan diri sekiranya ada operasi.
「Bagaimanapun, kita menyasarkan 38 lokasi di seluruh negeri dipercayai dijadikan port dalam program ini yang akan dibersihkan sehingga Disember,」 katanya.
Beliau berkata, kesemua mereka akan menjalani ujian air kencing dan ditahan reman serta siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 31 (rawatan dan pemulihan).
Terdahulu, operasi bersepadu melibatkan 63 pegawai dan anggota AADK, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, JPAM dan Rela berjaya menahan 66 orang disyaki penagih berusia antara 19 dan 56 tahun.
Lima daripada ditahan berusia 25 hingga 40 tahun adalah pengedar dan lebih 32 gram dadah jenis heroin dan morfin turut dirampas.
轉載請註明來源:今天頭條