Borang PAJSK Offline STANDARD KPM 2015

soh cen ...| 2015-11-06| 檢舉

PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid.

PAJSK dilaksanakan di Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah dan di Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah.

Antara paparan Slide Show Guru Penolong Kanan berkaitan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) kepada semua guru :

KOMPONEN PAJSK

1. SEGAK & BMI

2. KOKURIKULUM SUKAN & PERMAINAN KELAB & PERSATUAN BADAN BERUNIFORM

3. EKSTRA KURIKULUM

MANUAL PENGGUNA (SOP) - UMUM

1) Tapak fail ini merupakan tapak 'offline' untuk pengisian markah dan penghasilan sijil Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK)

2) Tapak fail ini mewakili 1 (SATU) kelas. Tapak fail ini perlu diperbanyakkan mengikut bilangan kelas dalam sekolah anda. Sila namakan semula tapak fail ini mengikut nama kelas di sekolah masing-masing.

3) Bersama-sama tapak fail ini, dilampirkan juga panduan penskoran SEGAK untuk mengisi markah SEGAK, jadual pemarkahan Sukan Permainan, Kelab Persatuan, Badan Beruniform, dan Ekstra Kurikulum dalam format pdf sebagai panduan apabila mengisi markah PAJSK.

4) Sila lihat 'sheet' di bawah yang terdiri daripada 3 yang berlabel 'SEGAK (Lelaki)', 'SEGAK (Perempuan)', dan 'PAJSK'. Anda dikehendaki mengisi markah SEGAK (Lelaki) untuk pelajar lelaki, SEGAK (Perempuan) untuk pelajar perempuan dan markah PAJSK untuk pelajar lelaki dan perempuan ke dalam 'sheet' yang berkenaan. Setiap 'sheet' mengandungi 55 salinan sijil yang mewakili 1 (SATU) kelas di mana 1 (SATU) sijil mewakili 1 (SATU) pelajar.

5) PERINGATAN! Anda tidak dibenarkan untuk menukar sebarang penetapan (setting) di dalam tapak fail ini. Anda hanya perlu mengisi ruang yang berkenaan dengan huruf abjad atau nombor sahaja.

PENGISIAN SIJIL SEGAK

1) Dalam pengisian markah SEGAK, terdapat 2 'sheet' iaitu SEGAK (Lelaki) dan SEGAK (Perempuan). Anda dikehendaki mengisi markah di SEGAK (Lelaki) untuk pelajar lelaki, SEGAK (Perempuan) untuk pelajar perempuan.

2) Sila klik pada 'sheet' SEGAK (Lelaki) atau SEGAK (Perempuan). Setelah Sijil SEGAK terpapar, isikan ruangan yang berwarna KUNING dan MERAH sahaja. Ruangan KUNING untuk mengisi SKOR manakala ruangan MERAH untuk mengisi KELAS dan TARIKH sahaja. Sila isikan nama pelajar, nombor kad pengenalan pelajar, tingkatan, dan tarikh di ruang yang berkenaan. Nama sekolah, tingkatan, dan tarikh hanya perlu diisi 1 kali sahaja iaitu di sijil yang pertama.

3) Anda perlu mengisi markah SEGAK penggal 1 (Mac) dan penggal 2 (Ogos) di ruang yang berkenaan. Sila taipkan tinggi (dalam cm) dan berat (dalam kg) di ruang sebelah kanan sijil untuk penggal 1 dan penggal 2. Pengiraan BMI dan tafsiran adalah automatik.

4) Isikan SKOR antara 1 - 5 untuk ujian naik turun bangku, ujian tekan tubi, ujian ringkuk tubi separa, dan ujian jangkauan melunjur di ruangan skor untuk penggal 1 dan penggal 2. Nilai skor bergantung kepada hasil dapatan 4 ujian tersebut. Sila rujuk jadual skor di dalam fail pdf 'spi 4-2008 SEGAK' (muka surat 22) yang dilampirkan untuk mengisi skor. Pengiraan jumlah skor, gred, dan pencapaian adalah automatik.

5) Sila ulangi langkah di atas untuk mengisi sijil markah SEGAK bagi pelajar yang lain. Sijil perlu disahkan oleh pentadbir sekolah masing-masing setelah dicetak.

PENGISIAN SIJIL PAJSK

1) Sila klik pada 'sheet' PAJSK. Setelah Sijil PAJSK terpapar, isikan ruangan yang berwarna KUNING, HIJAU, dan MERAH sahaja. Ruangan KUNING untuk mengisi KETERANGAN, ruangan HIJAU untuk mengisi MARKAH manakala ruangan MERAH untuk mengisi KELAS dan TARIKH sahaja. Sila isikan nama pelajar, nombor kad pengenalan pelajar, tingkatan, dan tarikh di ruang yang berkenaan. Nama tingkatan dan tarikh hanya perlu diisi 1 kali sahaja iaitu di sijil yang pertama.

2) Sheet' PAJSK mengandungi 2 ruangan iaitu ruangan sijil (sebelah kiri) dan ruangan tambahan (sebelah kanan). Isikan markah PAJSK dan keterangan di ruangan sijil manakala isikan bilangan kali perjumpaan, GPA tingkatan, dan CGPA tahun semasa di ruangan tambahan.

3) Di ruangan sijil, sila isikan SKOR dan KETERANGAN untuk jawatan, peringkat, komitmen, khidmat sumbangan, bilangan kehadiran, dan tahap prestasi bagi 3 komponen kokurikulum iaitu Sukan Permainan, Kelab Persatuan, dan Badan Beruniform. Isikan markah ekstra kurikulum dan keterangannya mengikut 4 komponen iaitu perkhidmatan, anugerah khas, khidmat masyarakat dan Program NILAM. Sila rujuk jadual pemarkahan PAJSK yang telah dilampirkan dalam format doc. Pengiraan skor elemen, jumlah skor, GPA, gred, pengiraan markah 10%, dan penyataan laporan adalah automatik.

4) Di ruangan tambahan, isikan bilangan kali perjumpaan, GPA tingkatan, dan CGPA tahun semasa iaitu CGPA tahun 2015. Bilangan kali perjumpaan adalah maksimum 12 kali bagi setiap komponen kokurikulum iaitu Sukan Permainan, Kelab Persatuan, dan Badan Beruniform. Isikan GPA bagi tingkatan yang berkenaan sahaja. Isikan markah CGPA tahun semasa yang boleh diperolehi di bahagian 'CGPA/GRED' di ruangan sijil. Isikan markah CGPA tahun semasa iaitu CGPA tingkatan bagi tahun semasa (2015)

5) Sila ulangi langkah di atas untuk mengisi sijil markah PAJSK bagi pelajar yang lain. Sijil perlu disahkan oleh pentadbir sekolah masing-masing setelah dicetak.

MENCETAK SIJIL SEGAK DAN SIJIL PAJSK

1) Apabila hendak mencetak, tulisan dan ruangan yang BERWARNA tidak perlu ditukarkan kepada warna hitam kerana sijil ini telah ditetapkan semua tulisan dan ruangan menjadi warna hitam.

2) Sebelum mencetak, penetapan saiz kertas perlu dibuat terlebih dahulu. Saiz kertas perlu ditetapkan kepada saiz A4.

3) Untuk membuat penetapan sijil SEGAK, klik pada 'sheet' SEGAK, kemudian baharu buat penetapan di 'Toolbar' yang berlabel 'Page Layout', kemudian pilih saiz A4.

4) Untuk membuat penetapan sijil PAJSK, klik pada 'sheet' PAJSK, kemudian baharu buat penetapan di 'Toolbar' yang berlabel 'Page Layout', kemudian pilih saiz A4.

5) JIKA penetapan tidak dibuat, kedudukan elemen-elemen dalam sijil akan berubah dan menjadi tidak teratur selepas dicetak.

6) Dalam penetapan mencetak pula (Print Setting), di bahagian bilangan salinan (copy), sila taip bilangan salinan merujuk kepada bilangan pelajar di dalam kelas berkenaan. Sijil dicetak hendaklah dengan menggunakan dakwat hitam sahaja.

Untuk download borang PAJSK offline:

https://www.dropbox.com/s/qhdphlvdywvw3xu/PAJSK%20Offline-STANDARD%20KPM%202015.xls?dl=0

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan atau info pendidikan bolehlah tekan butang LIKE untuk Join laman page Facebook baru kami, Sekian Terima Kasih...

Page kami : "BUMI PENDIDIKAN BARU"

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node702004

轉載請註明來源:今天頭條