
Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip
'The More You Delay', 'The More You Pay. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa sejak 1 Julai 2013.
KATEGORI KESALAHAN
KATEGORI PERTAMA :-
Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan pengguna, kesesakan lalulintas dan perkhidmatan pengangkutan awam.
JENIS KENDERAAN
Semua jenis kenderaan termasuk motosikal di bawah 250cc
KADAR KOMPAUN YANG DISERAGAMKAN (RM)
1 – 15 HARI RM300
16 – 30 HARI RM300
31 – 60 HARI RM300
CONTOH KESALAHAN
1. Memandu laju ( melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
2. pemandu teksi tidak menggunakan meter.
3. Menggunakan lorong kecemasan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATEGORI KEDUA :-
Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
JENIS KENDERAAN
Semua jenis kenderaan.
KADAR KOMPAUN YANG DISERAGAMKAN (RM)
1 – 15 HARI RM150
16 – 30 HARI RM200
31 – 60 HARI RM300
JENIS KENDERAAN
Motosikal di bawah 250cc
KADAR KOMPAUN YANG DISERAGAMKAN (RM)
1 – 15 HARI RM100
16 – 30 HARI RM150
31 – 60 HARI RM300
CONTOH KESALAHAN
1. Memandu laju ( Tidak melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
2. Membuat pusingan 『U』 di tempat
yang tidak dibenarkan.
3. Brek tidak efisyen.
4. Berhenti di petak kuning
5. Tidak mematuhi isyarat
『No Entry』.
6. Gagal mematuhi lampu isyarat .
7. tidak memakai tali pinggang keledar.
8. Memotong barisan ( potong Q )
9. Tiada lesen memandu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATEGORI KETIGA :-
Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
JENIS KENDERAAN
Semua jenis kenderaan
KADAR KOMPAUN YANG DISERAGAMKAN (RM)
1 – 15 HARI RM100
16 – 30 HARI RM150
31 – 60 HARI RM250
JENIS KENDERAAN
Motosikal di bawah 250cc
KADAR KOMPAUN YANG DISERAGAMKAN (RM)
1 – 15 HARI RM50
16 – 30 HARI RM100
31 – 60 HARI RM150
CONTOH KESALAHAN
1. Lampu tidak menyala.
2. Lampu brek tidak berfungsi.
3. Tidak memasang lampu.
4. Tidak memasang cermin sisi.
5. Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATEGORI KEEMPAT :-
Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan, dan perkhidmatan pengangkutan awam.
JENIS KENDERAAN
Semua jenis kenderaan
KADAR KOMPAUN YANG DISERAGAMKAN (RM)
1 – 15 HARI RM70
16 – 30 HARI RM120
31 – 60 HARI RM150
JENIS KENDERAAN
Motosikal di bawah 250cc
KADAR KOMPAUN YANG DISERAGAMKAN (RM)
1 – 15 HARI RM40
16 – 30 HARI RM70
31 – 60 HARI RM120
CONTOH KESALAHAN
1. Lesen memandu tamat tempoh.
2. Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan.
3. Tidak membuat tukar milik.
4. Tidak mempamerkan plat 『P』.
* Informasi ini adalah untuk rujukan sahaja, sekiranya inginkan maklumat lengkap sila rujuk buku undang-undang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaedah-Kaedah/Saluran Semak Saman
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.
i. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
ii. Melalui Internet
Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-
> MyEG Services - www.myeg.com.my
> RILEK e-Services - www.rilek.com.my
* Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.
iii. Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-
> Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
> Kaunter JPJ yang terpilih
> Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node697264
轉載請註明來源:今天頭條