Anggaran Kos Sara Hidup, Gaji Minimun Perlu RM5K Sekarang

soh cen ...| 2015-10-23| 檢舉

Bajet 2016: Anggaran kos hidup RM4,500 sebulan menjadi viral

BANGI, Khamis – Menjelang pembentangan Bajet 2016 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat esok, ramai pihak meluahkan kesempitan hidup yang dialami berikutan kos hidup yang semakin tinggi akibat kenaikan harga barang, kenaikan kadar tol, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya.

Di facebook, sekeping gambar yang menunjukkan anggaran kos hidup bulanan bagi mereka yang berpendapatan RM4,500 sebulan telah viral sejak semalam.

Gambar yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Kerja Dari Rumah telah mendapat lebih 13,000 『like』, lebih 12,000 『share』 dan hampir 2,000 komen oleh pengguna facebook.

Disebabkan kos hidup yang tinggi, individu berpendapatan RM4,500 sebulan hanya mempunyai defisit RM19 dan keadaan itu membayangkan keadaan yang lebih perit ditanggung oleh mereka yang berpendapatan kurang daripada jumlah itu.

「Cuba Tengok ni!!! Gaji RM4,500 layak beli kereta Proton Saga jer. Kalau gaji lagi rendah nak pakai kereta apa?」 tulis pemilik akaun Kerja Dari Rumah.

Anggaran Kos Sara Hidup, Gaji Minimun Perlu RM4K Sekarang

Kajian ini telah dibuat oleh The Malaysian Insider yang mana ia menunjukkan anggaran kasar individu yang perlu tanggung kos sara hidup dengan membandingkan pendapatan gaji bulanan seseorang.

Bawah menunjukkan kos yang ditanggung individu/satu kelaurga dalam sebulan mengikut sebahagian negeri-negeri Malaysia:

Dan ini pula adalah satu pendapat orang ramai yang boleh digunapakai :

Bagi tahun hadapan 2016, membuatkan orang ramai semakin terhimpit dengan bebanan dengan kenaikan kos sara hidup apabila dijangka menghadapi kenaikan harga Tol, sewa bas sekolah, kadar cukai taksiran dan sebagainya.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node673339

轉載請註明來源:今天頭條