KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
Membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan agenda utama negara. Kemampuan murid-murid menguasai KBAT dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) menjadi fokus utama setiap guru merancang pengajarannya.
KBAT kebiasaannya dirujuk pada soalan-soalan peperiksaan bertulis yang mempamerkan kemampuan murid menilai, mengeluar atau mencipta buah fikiran yang bernas. Walau bagaimanapun strategi membudayakan KBAT seharusnya lebih meluas dan ianya harus berlaku sepanjang proses PdP.
Dalam hal ini murid seharusnya mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran agar KBAT dapat dikuasainya. Perasaan malu, takut melakukan kesilapan dan terlalu merendahkan diri menyebabkan murid terhalang daripada turut sama menyertai aktiviti yang dirancang oleh guru. KBAT hanya boleh berlaku apabila murid berinteraksi dalam bilik darjah.
Dalam proses interaksi tidak timbul sama ada jawapan yang diberikan oleh murid itu salah atau betul. Dalam KBAT setiap jawapan perlulah mempunyai huraian buktinya. Ini membawa maksud bahawa setiap maklumat dari jawapan itu bolehlah diperluaskan tetapi harus logik, mempunyai bukti berasaskan bacaan yang telah dibuat, ramalan yang mempunyai sebab dan akibat serta cadangan dan ciptaan idea yang rasional.
Ciri-ciri KBAT yang dinyatakan di atas memerlukan latihan dan amalan sepanjang masa. Ia tidak hanya boleh berlaku di dalam soalan peperiksaan bertulis sahaja tetapi harus diperkukuhkan dalam amalan melalui aktiviti PdP.
Himpunan RPH berasaskan elemen KBAT
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Jasmani
Bahasa Arab
jOM...sertai FB group KAMI : "EduShare@Bumi Pendidikan" untuk mendapatkan info pendidikan terkini..

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan atau info pendidikan bolehlah tekan butang LIKE untuk Join laman page Facebook baru kami, Sekian Terima Kasih...
Page kami : "BUMI PENDIDIKAN BARU"

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node660235
轉載請註明來源:今天頭條