Perbezaan pelajar sekarang dan pelajar dulu! Setuju Tak?

YS Wmy| 2015-10-13| 檢舉

Perbezaan pelajar sekarang dan pelajar dulu

Ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai info terkini atau teknologi sekarang.Ibu bapa sekarang kebanyakan tidak mengetahui mengenai anak-anak meraka.

Pelajar sekarang ada yang tengok laman web yang tidak senonoh , hisap rokok ,pergi main game di cyber café dan lain-lain.

Mengikut pengalaman nik tengok pelajar-pelajar lain depan mak ayah baik je apabila belakang hisap rokok dan buat perkara yg tidak baik.

Kalau nak senang tahu info semasa mak ayah masuklah sekolah semula baru tahu keadaan semasa macam mana keadaan pelajar sekarang memang jauh lebih beza.

Dulu belanja cuma RM2.00 – RM3.00 sehari ataupun nak jimat bawa bekalan mak masak.

Sekarang belanja sekolah semakin bertambah dengan ekonomi sekarang memang mahal berbelanja.

Nak bawak bekalan makanan kat sekolah pon dah segan takut kena kutuk dengan kawan.

Masa zaman dulu nak pergi sekolah jalan kaki ataupun naik basikal.Kalau yang manja ,hari-hari ayah hantar ke sekolah.

Tapi sekarang mak ayah sibuk bekerja sampai tidak sempat nak hantar anak ke sekolah dengan amik diorang.Mak ayah bagilah motor kat anak diorang supaya senang nak pergi balik ke sekolah.

Guna untuk kebaikan tidak mengapa . Sekarang nie ,sesetengah pelajar ada pergi tempat lain ponteng sekolah biasanya cyber café tidak pon tempat lepak diorang.

Masa zaman dulu, bila abis sekolah pelajar dilatih mengikuti kelas mengaji.Bila petang main dengan kawan-kawan main bola dan bagi perempuan main pondok-pondok dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang dengan paksa rela pula kena tolong mak ayah bantu mereka. Bila malam buat kerj sekolah takut kena rotan dengan cikgu esok pagi.

Tapi sekarang balik sekolah main computer,online fb,menghadap TV dan laman social sampai tengah malam dengan membuang masa.Esok pagi mulalah baru sibuk nak buat atau minta ngan kwn nak tiru itu bagi yang sempat.

Bagi yang tidak sempat memberi beribu alasan macam-macam.

Di asrama ,dulu hanyalah mengunakan public phone untuk berhubung dengan ibubapa tetapi sekarang walaupun telefon bimbit dilarang tetapi pelajar tetap membawa dan pandai menyembunyikan tanpa pengetahuan guru.

pelajar sekarang lebih bijak menyimpan benda-benda terlarang seperti rokok,telefon bimbit dan lain2.Seperti kes rokok eltronik apabila tengok dari luar seperti alat tulis tetapi bukan.

Cikgu pon perlu lebih peka untuk mengatasi permasalahan pelajar.

Memang banyak perbezaan pelajar sekolah dulu dengan sekarang.Kena pula teknologi semakin maju banyak masalah baru yang timbul.

Oleh itu, ibu bapa kenalah mengambil tahu mengenai teknologi terkini atau isu-isu semasa .

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node653057

轉載請註明來源:今天頭條