9 Makanan Dewan Makan Asrama Yang Kini Jadi Kenangan

Herwan| 2015-10-11| 檢舉

Siapa yang pernah tinggal di asrama, kami rasakan mesti dapat menu makanan yang lebih kurang saja. Malah makanan beginilah juga yang sering menjadi kenangan terindah bila habis belajar. Oh masa lalu, rindu terkenang memori sekolah.

BACA: Sardin Bukan Lagi Lauk Orang Miskin!

Jika anda rasakan menu yang kami kongsikan ini masih tidak lengkap, boleh kongsikan bersama-sama kami di ruangan komen. Kami tahu, hidangan pertama yang keluar pastinya – ikan jaket!

1. Ikan Jaket

Ikan jaket merupakan ikan yang paling terkenal dan dikenali di setiap dewan makan asrama. Ikan ini menyimpan 1001 kenangan kerana memberi pelbagai pengalaman kepada pelajar asrama.

Ada pendapat mengatakan bahawa ikan jaket ini merupakan ikan cencaru namun ada yang tidak bersetuju. Siapa tahu identiti sebenar ikan jaket, bolehlah kongsikan dengan kami.

2. Nasi Ayam

Nasi ayam merupakan makanan yang paling ditunggu-tunggu kerana ia hanya akan dihidangkan pada hari Sabtu atau hujung minggu. Kadar pemotongan di barisan yang beratur ketika mahu ambil nasi ayam ini memang boleh buat gaduh. Tidak tahulah senior yang melintas kami dulu sekarang ini kerja apa.

FAKTA: Kadang-kala ayam hadir dalam keadaan yang keras namun tetap nikmat.

3. Kari Sayur

Lebih kurang beginilah gaya masakan di asrama dulu.

Terung lembik, kacang panjang dan dal adalah bahan utama kari sayur ini. Malah tidak sah kiranya jika anda tidak pernah dengar orang lain jumpa ulat dalam terung masa makan. Mana yang main makan saja, memang tidak sedar tentang protein yang disumbang oleh ulat tersebut.

4. Biskut Mayat

Biskut mayat merupakan salah satu santapan waktu malam selepas balik study malam (orang panggil prep). Biskut mayat memang sedap dicelup dengan air milo.

Gandingan lain yang turut berdiri sebaris dengan menu selepas prep ini ialah kek cawan yang kecil dan juga roti marjerin yang sudah dikeraskan dan disadur dengan gula. Bunyi macam sedap, tapi jika makan tanpa celup air, boleh akibatkan kecederaan pada lelangit.

Wafer begini pun kadang-kadang ada juga dapat. 5. Ayam Masak Merah (lambat tak dapat)

Asalkan namanya ayam, itulah menu yang paling sedap sekali ketika di asrama dulu. Tetapi setiap perkara yang sedap ada nilai perlu dibayar. Agak-agak cikgu lambat lepas kelas akhir, memang tidak merasalah makan tengahari ayam masak merah.

6. Aiskrim Cawan Hujung Minggu

Contoh rupa dan bentuk aiskrim yang biasa dimakan ketika di asrama

Aiskrim ini kami selalu tengok senior-senior mengadu domba dengan kakak dewan makan untuk dapat lebih. Maka bila kami sudah jadi senior, pun buat benda yang sama. Aiskrim cawan ini juga biasa datang dalam dua perisa, coklat atau vanilla.

7. Sayur Sawi Masak Air Kosong

Balik sahaja dari hari beruniform di sekolah pada tengaharinya, pasti mahu makan sedap-sedap dan kadang-kala apa yang dihidangkan oleh dewan makan ialah sayur sawi masak air kosong. Ini sangat sedap sebab kuah dia masin-masin makan dengan ikan goreng. Patutlah body cantik masa masa sekolah dulu.

8. Ayam Masak Kicap Cair

Tips atau petua untuk makan ayam ini adalah mintak kuah banyak. Mahu dapat yang masak kicap pekat-pekat memang jarang sekali. Walaupun cair, jarang pula merungut. Cuba bandingkan dengan sekarang, mentang-mentang gaji anda besar, masin sikit terus bising marah tukang masak.

9. Nasi Goreng Pagi Yang Selalu Jarang Makan

Sekadar gambr hiasan. Ini sudah dikira meriah sangat.

Nasi goreng ini biasanya memang tawar malah jarang juga makan sebab selalu tidur balik lepas balik surau sampai kena palu dengan warden supaya tidak lewat ke kelas. Kepada rakan-rakan yang siap boleh bawa bekal nasi goreng itu, anda memang pantas. Patutlah sudah dapat dua anak sekarang. Eh.

BONUS: Mungkin tidak semua, tapi ada juga asrama yang akan dihidangkan dengan KFC (snack plate – ayam 2 ketul) jika ada sebarang majlis istimewa. Ini makanan paling agung dulu sebab jarang-jarang dapat.

Okay, apa lagi makanan yang kami lupa senaraikan? Kongsikan bersama rakan anda jika anda kembali teringat zaman belajar dulu – zaman yang kita selalu rindu, zaman yang paling banyak kenangan di ambang akil baligh.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node649922

轉載請註明來源:今天頭條