Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 50 tahun, George Prior, mengambil keputusan untuk buat satu eksperiment yang bakal menunjukkan potensi bahayanya terlebih mimum minuman bergula. Untuk selama 30 hari, lelaki ini minum 10 tin Coke setiap hari. Tiap hari dia rekodkan perubahan yang berlaku pada dia -- dari dalaman dan luaran.
Meskipun ramai yang rasa kita tidak mungkin konsum kandungan gula yang terdapat dalam "10 Coke" setiap hari, namun, Prior menyatakan bahawa kandungan gula yang terdapat dalam 10 Coke itu juga ada dalam minuman seharian kita seperti teh, minuman sukan, jus buah, dan lain-lain. Mungkin anda tidak minum "10 Coke", tapi anda mungkin terminum jumlah kandungan gula yang sama secara tidak langsung menerusi miniman lain.
Baca lagi untuk perubahan yang berlaku pada Prior — termsuk video yang merekodkan perubahannya.
Selama tempoh eksperimen ini, Prior mengekalkan pemakanan dan routine senaman yang sama sebelumnya. Satu-satunya perubahan yang dia buat ialah penambahan 10 Coke Setiap Hari.

Dia mulakan eksperimen ini pada berat badan yang sihat (berdasarkan ketinggian dia).

Selepas satu minggu minum 10 Coke Tiap Hari secara beturut-turut, berat badan dia makin meningkat......

terus meningkat....

meningkat lagi.....

... masih meningkat! Prior berkata, "Mesej yang kita dapat menerusi media berkenaan cara mengatasi masalah (kegemukan) berbeza-beza: Adakah anda kurangkan kalori? Adakah anda kurangkat lemak? Anda makan ubat? Pandangan saya: Mula dengan gula. Mula dengan roti. Jangan risau pasal lemak."

Prior berharap yang orang ramai dapat pengajaran dari kebodohan dia, kerana selepas 30 hari minum "10 Coke Setiap Hari".....

Berat badan Prior tambah 23 pound. Di samping itu, dia sentiasa rasakan kemahuan yang tidak terhenti-henti untuk lebih banyak lagi minuman manis sepanjang hari.

Gambar sebelum/selepas ini menunjukkan perubahan pada fizikal Prior. Kadar gula darah dia juga mencapai tahap pre-diabetes.

Seandainya anda tidak yakin lagi dengan keputusan eksperimen ini, cuba lihat gambar-gambar berikut yg menunjukkan jumlah kandungan gula yang terdapat dalam makanan dan minuman seharian kita.






Apabila kita makan makanan ini, kita seumpama "makan gula"! Mulai hari ini, demi kesihatan kita, FIKIR DULU SEBELUM MAKAN! SHARE ini dengan kawan-kawan dan keluarga yang tersayang anda, terutamanya kepada mereka yang ada sejarah penyakit gula manis dalam keluarga dia.
Pengarang: Todd Briscoe
Diterjemahkan oleh: fb.com/kswee677
轉載請註明來源:今天頭條