Duit Kertas Negeri Johor Dimuatnaik Di Media Sosial

YS Wmy| 2015-10-03| 檢舉

Duit Kertas Negeri Johor Dimuatnaik Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Tindakan tidak bertangungjawab segelintir pengguna media sosial yang mereka cipta gambar wang negara Johor dikecam kerana berterusan mahu mewujudkan persepsi kononya negeri itu bersedia untuk kelaur dari Malaysia.

Walaupun ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan, namun ada juga yang mendakwa ia sebagai keterlaluan dan tidak seharusnya dibiarkan kerana boleh menggangu ketenteraman masyarakat sekaligus mewujudkan pergolakan dalaman.

Menurut mereka tindakan ini boleh dikalsifikasikan sebagai satu kesalahan malah tindakan di bawah akta hasutan boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat dalam mencipta dan mencetak wang tersebut samada secara langsung atau tidak langsung.

Sebelum ini, Johor mengumumkan negeri itu tidak akan keluar dari Malaysia susulan penyebaran surat rasmi dari Pejabat Daerah Segamat yang mengarahkan bendera Jalur Gemilang diturunkan di negeri itu beberapa minggu lalu.

Isu yang mencetuskan pendebatan hangat di media sosial itu melihat arahan dari Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail dalam surat pekeliling itu seakan petanda keinginan Johor untuk keluar dari Malaysia.

Malah ada dikalangan pengguna media sosial yang teruja dengan sentimen kenegerian itu turut menyokong idea tersebut dengan memainkan slogan 『Bangsa Johor』 serta 『Johor for Johorian』.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Johor kekal dalam Malaysia dan bersama dengan kerajaan Persekutuan sejak dari dahulu.

Malah, perkara itu merupakan hal yang mustahil bagi kerajaan negeri untuj keluar dari Malaysia dan membina negara sendiri.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node634006

轉載請註明來源:今天頭條