Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu UPSR 2016

soh cen ...| 2015-09-29| 檢舉

Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru dengan penambahbaikan akan mula digunakan bermula 2016. Dipetik dari makluman terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan format UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil UPSR 2016

Daripada jadual di atas, didapati format bagi Bahasa Melayu UPSR 2016 (KSSR) sudah berbeza berbanding dengan format yang digunapakai sekarang (KBSR).

Kertas Soalan Bahasa Melayu UPSR masih terbahagi kepada 2 kertas,

i. Kertas 1: Pemahaman

ii. Kertas 2:Penulisan

Namun, format untuk setiap kertas sudah berubah... Marilah kita lihat contoh-contoh soalan yang akan dikeluarkan dalam UPSR 2016 nanti...

Kertas 1: Pemahaman - terbahagi kepada 2 bahagian

Bahagian A - Objektif (Soalan 1 - Soalan 20)

Bahagian B - Subjektif (Soalan 21 - Soalan 25)

Kertas 2: Penulisan - terbahagi kepada 3 bahagian

Bahagian A - Memindahkan maklumat

Bahagian B - Membuat ulasan

Bahagian C - Karangan

Sertai FB group kami : "EduShare@Bumi Pendidikan"

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan atau info pendidikan bolehlah tekan butang LIKE untuk Join laman page Facebook baru kami, Sekian Terima Kasih...

Page kami : "BUMI PENDIDIKAN BARU"

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node625783

轉載請註明來源:今天頭條