TERKINI:Format Baru Soalan Peperiksaan UPSR 2016

soh cen ...| 2015-09-28| 檢舉

Format Baru Peperiksaan UPSR 2016

Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru dengan penambahbaikan akan mula digunakan bermula 2016. Dipetik dari makluman terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan format UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

UPSR 2016 format baru akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.

Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016 Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil UPSR 2016

Berikut adalah contoh intrumen soalan Bahasa Melayu Kertas 2 untuk UPSR tahun 2016 yang akan datang...

Kertas 2 - Bahagian A

Kertas 2 - Bahagian B

Kertas 2 - Bahagian C

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016

Format Mata Pelajaran Matematik UPSR 2016

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node624708

轉載請註明來源:今天頭條