
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di lima negeri yang ditutup kelmarin akibat jerebu akan dibuka semula esok (Khamis). Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini.

JEREBU di sekitar Pelabuhan Klang beransur pulih hari ini dengan bacaan yang dicatatkan pada 5 petang - 90 iaitu pada paras sederhana. -
"Selepas meneliti bacaan ipu di seluruh negara hingga jam 4 petang pada 16 September, KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk lima negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok, 17 September 2015.

"Bagaimanapun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan ipu yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib dan boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," kata KPM.

BOT Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka dalam keadaan berjerebu yang melanda bandar raya Melaka dengan bacaan ipc 111 iaitu pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang berbanding 86 pada jam 7 pagi.

PENGAWAL keselamatan Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, A. Valarmathi menutup pagar yang tertera notis pemberitahuan penutupan sekolah akibat jerebu teruk semalam. Bagaimanapun, semua sekolah di lima negeri yang diarag tutup semalam, akan dibuka semula esok.
Pada Selasa lalu, sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diminta tutup kerana ipu di negeri berkenaan menunjukkan bacaan menghampiri 200 iaitu tidak sihat.

Sementara itu, KPM juga mengingatkan ibu bapa jika mendapati kesihatan anak mereka terjejas akibat jerebu khususnya bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah dan memaklumkannya kepada pihak sekolah.

Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan aktiviti luar bilik darjah bila bacaan ipu melebihi 150 manakala sekolah di kawasan bacaan ipu melebihi 200 pula perlu ditutup.

Berikut merupakan pemberitahuan yang dikeluarkan oleh KPM tentang pembukaan sekolah semula bermula esok iaitu 17 September 2015.
KENYATAAN MEDIA: TINDAKAN MENANGANI ISU JEREBU DI SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berterusan memantau status terkini bacaan ipu berkaitan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini. Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan ipu melebihi 150. Kawasan di mana bacaan ipunya melebihi 200 pula sekolah-sekolah perlu ditutup.
Pada 15 September 2015 (Selasa), sebanyak lima buah negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka telah diminta menutup sekolah kerana bacaan ipu di negeri-negeri berkenaan menunjukkan bacaan yang sangat tidak sihat.
Setelah meneliti bacaan ipu di seluruh negara sehingga jam 4 petang pada 16 September 2015, maka KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk 5 buah negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok iaitu 17 September 2015. Walau bagaimana pun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan ipu yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib, serta boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan tersebut.
Dalam hal ini, KPM juga ingin mengingatkan para ibu bapa bahawa sekiranya mendapati kesihatan anak-anak mereka terjejas akibat jerebu khususnya bagi anak-anak yang ada masalah pernafasan maka tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah, dan perlu memaklumkannya kepada pihak sekolah.
Terima kasih.
Kementerian Pendidikan Malaysia
16 September 2015
-----------------------------------------------------------
LAMPIRAN
DATA BACAAN ipu KAWASAN MELEBIHI 100
SEHINGGA JAM 4.00 PETANG PADA 16 SEPTEMBER 2015
BACAAN ipu >150
Seri Aman, Sarawak 155
Kuching, Sarawak 153
Samarahan, Sarawak 153

轉載請註明來源:今天頭條