SuratPekeliling Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan Mulai 1 Nov

soh cen ...| 2015-09-12| 檢舉

Kakitangan kerajaan Gred41 dan kebawah akan menerima kenaikan elaun tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding RM180 yang diterima ketika ini.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada beberapa bulan yang lepas.

Kenaikan elaun tetap perumahan akan dinikmati oleh lebih dari 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara berkuatkuasa 1 November ini.

Untuk kakitangan yang elaun perumahan mereka sedia ada telah dipotong kerana tinggal di kuarters kerajaan, mereka turut akan menerima 25 peratus elaun tersebut dari jumlah elaun sedia ada.

Berikut adalah surat pekeliling Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan Mulai 1 Nov 2015:

JADUAL 1: Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Am Persekutuan

JADUAL 2: Pegawai Perkhidmatan Bomba di Semenanjung

JADUAL 3: Pegawai Perkhidmatan Bomba di Sarawak/Sabah/Labuan

JADUAL 4: Pegawai Perkhidmatan Penjara di Semenanjung

JADUAL 5: Pegawai Perkhidmatan Penjara di Sarawak/Sabah/Labuan

JADUAL 6: Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan

Pemberian ITP kepada Pegawai yang Diperuntukkan Kuarters

5. Kerajaan turut bersetuju ITP diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk Perkhidmatan Bomba dan Perkhidmatan Penjara yang mendiami

kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP pegawai.

6. Penetapan pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai seperti di perenggan 5 pekeliling perkhidmatan ini tidak terpakai kepada pegawai yang

diperuntukkan:

(i) Rumah Biasa Kerajaan dan berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan (kecuali Perkhidmatan Bomba, Penjara dan Unit Pencegahan Penyeludupan, Kementerian Dalam Negeri);

(ii) Rumah Khas Jabatan;

(iii) Rumah Khas Jawatan;

(iv) Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan; atau

(v) kemudahan perumahan yang tidak dianggap sebagai kuarters di kawasan pedalaman.

7. Bagi pegawai yang diperuntukkan kuarters, pegawai itu layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai:

(i) termasuk dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) pegawai tersebut mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa dalam keadaan pegawai itu dibenarkan untuk menduduki kuarters;

atau

(b) bagi pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa, pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau melebihi kadar 25% daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya.

(ii) kecuali jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai itu menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai hanya akan dibayar separuh daripada kadar 25% daripada ITP tersebut.

Pemberian ITP kepada Pegawai yang Tidak Diperuntukkan Kuarters

8. Bagi pegawai yang tidak diperuntukkan kuarters, layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar penuh:

(i) termasuk dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) pegawai yang mendiami kuarters yang diperuntukkan kepada pasangan pegawai;

(b) pegawai mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa; atau

(c) pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar penuh atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau lebih daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya.

(ii) kecuali, jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan dibayar ITP separuh daripada kadar penuh ITP tersebut.

Pemberian ITP kepada Pegawai yang Disediakan Kemudahan Perumahan Tetapi Tidak Dianggap Sebagai Kuarters di Kawasan Pedalaman

9. Pemberian ITP kepada pegawai yang disediakan kemudahan perumahan tetapi rumah tersebut tidak dianggap sebagai kuarters (Rumah Kerajaan) di kawasan

pedalaman tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) penentuan kawasan pedalaman adalah sepertimana yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 dan pindaannya dari

semasa ke semasa;

(ii) kemudahan perumahan yang disediakan itu tidak menepati ketiga-tiga kriteria perumahan Kerajaan sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri iaitu:

(a) sebuah rumah yang dijadikan kuarters di kawasan pedalaman hendaklah diperoleh atau dibina dengan peruntukan Kerajaan;

(b) diselenggara oleh Kerajaan; dan

(c) mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, kaedah pembuangan najis dan kumbahan yang sempurna.

(iii) sebarang keraguan berhubung definisi kuarters seperti yang dijelaskan di perenggan 9(ii) di atas, boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan

Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

10. Bagi pegawai yang disediakan kemudahan perumahan tetapi rumah tersebut tidak dianggap sebagai kuarters di kawasan pedalaman, layak untuk menerima

bayaran ITP pada kadar penuh:

(i) termasuk dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) pegawai yang mendiami kuarters yang diperuntukkan kepada pasangan pegawai;

(b) pegawai mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa; atau

(c) pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar penuh atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau lebih daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya.

(ii) kecuali jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan dibayar ITP separuh daripada kadar penuh ITP tersebut.

Pemberian ITP kepada Pegawai yang Diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan

11. Bagi pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan (kecuali Perkhidmatan Bomba, Penjara dan Unit Pencegahan Penyeludupan, Kementerian Dalam Negeri), layak menerima bayaran ITP pada kadar 50% daripada kelayakan pegawai dan tidak dikenakan bayaran sewa:

(i) termasuk dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa;

atau

(b) pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar 50% daripada kelayakan pegawai atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau melebihi kadar 50% daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya.

(ii) kecuali jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan menerima bayaran separuh daripada kadar 50% daripada ITP tersebut.

TARIKH KUAT KUASA

12. Pekeliling perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 November 2015.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan atau info pendidikan bolehlah tekan butang LIKE untuk Join laman page Facebook baru kami, Sekian Terima Kasih...

Page kami : "BUMI PENDIDIKAN BARU"

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node590627

轉載請註明來源:今天頭條