Khas Utk Calon UPSR:Perkara-Perkara Penting Semasa UPSR

soh cen ...| 2015-09-05| 檢舉

CALON - ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN

1. ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2015.

1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan (LP/KOM 35) sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

.......................................................................................................................................................................................................................................................................................

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan (LP/Am 34) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

.......................................................................................................................................................................................................................................................................................

3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

3.1 menyemak butiran nama kertas, kod kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.

3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

.......................................................................................................................................................................................................................................................................................

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRip JAWAPAN PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

4.1 menulis Angka Giliran dan Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan peperiksaan.

4.2 menulis Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalanatau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).

4.3 calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

4.5 menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.

4.6 memastikan Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas dan Kod Kertas telah ditulis dengan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis.

4.7 memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat bersama skrip jawapan peperiksaan.

4.8 berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan.

.......................................................................................................................................................................................................................................................................................

5. ARAHAN TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)

5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas dan Kod Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.

5.3 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas dan Kod Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruang yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.4 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab kertas peperiksaan yang berkenaan.

5.5 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.

5.6 Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi keseluruhan ruang.

5.7 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya.

5.8 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB.

5.9 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada Kertas JOB dan JOTB.

.......................................................................................................................................................................................................................................................................................

6. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon tidak dibenarkan:

6.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.

6.2 keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.

6.3 membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.

6.4 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

6.5 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

6.6 dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

.......................................................................................................................................................................................................................................................................................

7. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon dilarang:

7.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

7.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

7.3 mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

7.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

7.5 menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

7.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

7.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

7.9 membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

7.10 membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

7.11 membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node573243

轉載請註明來源:今天頭條