135
Pada hari ini, sambungan rangkaian internet telah menjadi salah satu keperluan ramai – terutamanya dalam terus kekal berhubung, selain turut mendapatkan pelbagai informasi semasa dengan pantas. Beberapa kerajaan negeri di Malaysia menawarkan WiFi percuma untuk penduduk dan pelancong di negeri mereka, dan kini Johor melakukan perkara sama.
Kerajaan Johor kini akan melancarkan WiFi percuma di beberapa lokasi utama sekitar negeri berkenaan. Kerajaan negeri Johor menyediakan lebih kurang 135 hotspot di sekitar lokasi negeri Johor.

JOHOR FREE WIFI: Wifi Percuma Untuk Rakyat
Pelancaran "Johor Free Wifi"
135 Hotspot Seluruh Negeri Johor
Tarikh :30 Ogos 2015
Masa :10.30 Malam
Tempat :Dataran Bandaraya Johor Bahru

**************************************************************************************
Free Wifi Kpd Semua Warga Johor
Majlis Bandaraya Johor Bahru - 13
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah - 14
Majlis Perbandaran Pasir Gudang - 2
Majlis Perbandaran Batu Pahat - 11
Majlis Perbandaran Kulaijaya - 9
Majlis Perbandaran Kluang - 5
Majlis Perbandaran Muar - 7
Majlis Daerah Kota Tinggi - 8
Majlis Daearah Labis - 2
Majlis Daerah Mersing - 7
Majlis Daerah Pontian - 9
Majlis Daerah Segamat - 5
Majlis Daerah Simpang Renggam - 2
Majlis Daerah Tangkak - 4
Majlis Daerah Yong Peng - 5
Lembaga Bandaran Johor Tenggara - 7
Projek Perumahan Rakyat - 25
135 hotspot Wifi akan dilancarkan di seluruh Johor. Bagi yang berkelapangan boleh menghadiri majlis pelancaran tersebut di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 30 Ogos 2015 jam 10.30 malam .

Lokasi untuk hotspot berkenaan akan dipilih berdasarkan kepada cadangan kerajaan tempatan, dan antara lokasi yang akan dipilih adalah termasuk terminal bas, lokasi kunjungan ramai, kawasan rumah mampu-milik, Dataran MBJB, dan juga Merdeka Park.

Kelajuan yang akan ditawarkan tidak diumumkan, tetapi kerajaan Johor menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan Wifi berkualiti tinggi.
轉載請註明來源:今天頭條