RAHSIA WANG KERTAS RM500 DAN RM1000 YANG DILARIKAN ?
Bagaimana Anwar dan Azmin Ali memiliki begitu banyak wang sedangkan mereka bukan tokey gula atau kaikun dunia. Daripada mana mereka memperolehi wang yang banyak itu?? Saya tercari-cari sumber kewangan mereka. Saya juga tertanya-tanya mengapa kerajaan membekukan penggunaan wang kertas yang bernilai RM500 dan RM1000 yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara.
Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai yang dulunya adalah Panglima Perang Anwar telah mendedahkan wang yang hilang itu. Patutlah Anwar begitu berani menjaja Buku Perangnya ....... rupanya dana yang akan digunakan nanti adalah wang yang disonglapnya yang bernilai RM13 billion itu.
Maklumat Gobalakrishnan :
Selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.
「Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada RM13 bilion.
「Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,」 katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.
Tak tahulah sama ada dakwaan bekas pemimpin PKR ini benar atau tidak, tetapi dia sanggup disaman oleh Anwar sekiranya dakwaannya itu tidak benar.
Kalau begitu, patutlah Anwar jadi sasau dan gila meroyan kerana nak sangat jadi Perdana Menteri. Rupanya apabila Anwar berjaya jadi PM sudah tentu kebenaran menggunakan wang kertas RM500 dan RM1000 akan dibenarkan semula.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node533350轉載請註明來源:今天頭條