Lelaki ini tak pernah gagal belari lebih 5KM Setiap Hari

Falina| 2016-05-27| 檢舉

Lelaki Ini Tak Pernah Gagal Berlari Lebih 5KM Setiap Hari

5月24日 Nizam

來源: www.mynewshub.cc

 

SEORANG lelaki di Massachusetts, Amerika Syarikat membuat keputusan untuk berlari sejauh 5 kilometer setiap hari, sejak 1 Januari 1989.

Kini setelah 27 tahun, Lenworth "Kip" Williamson dianggarkan sudah berlari selama 10,000 hari berturut-turut.

Pengurus di General Electric Co berusia 57 tahun ini berkata, idea untuk berlari itu diilhamkan daripada artikel yang pernah dibacanya.

Artikel itu menyatakan, jika seseorang melakukan sesuatu selama 21 hari berturut-turut, maka ianya akan menjadi satu rutin kebiasaan yang mudah.

Sekitar tahun 1989 ketika Williamson mula-mula melakukan rutin berlari, wilayah yang didiaminya sedang dilanda musim sejuk.

Namun dia nekad melawan cuaca ketika itu dan kini, Williamson tak pernah gagal berlari setiap hari meskipun udara sejuk menusuk tulangnya.

Setiap minggu dia turut menaikkan jarak lariannya daripada 5 kilometer kepada 10 hingga 12 kilometer.

"Selagi kedua belah kaki saya mampu, saya akan terus berlari," katanya penuh semangat.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1098856

轉載請註明來源:今天頭條