Tips Cara Dapatkan Duit Dalam Akaun Ditolak Tapi Duit Dari A

Rahman ...| 2016-05-24| 檢舉

Tips Cara Dapatkan Duit Dalam Akaun Ditolak Tapi Duit Dari ATM Tidak Keluar

Duit dalam akaun ditolak tetapi duit dari ATM tidak keluar. Memang cuak juga bagi mereka yang pernah alami perkara sebegini tambahan pula jika duit yang hendak dikeluarkan itu merupakan jumlah yang banyak. Apa yang patut dilakukan dan apakah prosedurnya, pasti berada di dalam benak, kan. Ada tips cara dapatkan duit dalam akaun yang ditolak tapi duit dari ATM tidak keluar.

Aku juga mengalami perkara yang sama minggu lepas. Pada 11hb Mei 2016, aku pergi ke bank. Biasanya aku akan ke Bank CIMB Wangsa Maju yang dekat dengan Wangsa Walk tu selepas punch in dan turun pergi bank dan naik balik, pada waktu pagi. Sebab pada waktu pagi tidak ramai orang di bank.

Memang yakin duit masih ada seratus lebih dan periksa juga baki yang masih bersisa. Ya, seratus lebih lagi tinggal dan boleh keluarkan sehingga tinggal RM20 dalam akaun. Jadi dengan selambanya aku menekan butang mengikut apa yang diperlukan. Tapi tak boleh. Mungkin sebab mesin Auto- Teller Machine (ATM) tak ada duit kecil. Ok la, aku cuba lagi. Tetap sama, tidak dapat keluarkan duit.

Aku pindah pula ke ATM sebelah. Eh, insufficient? Tak cukup baki? Pelik. Kan ada lagi baki seratus. Tapi disebabkan suamiku lama menunggu, aku pun menggunakan kad bank lain, Maybank (padahal bank Maybank sebelah jer) untuk cucuk duit.

Aku sudah mula rasa sesuatu. I was feel something fishy. Tapi keadaanku agak sibuk di pejabat menyebabkan aku terlupa nak periksa baki dalam akaun CIMB sehinggalah ke hari 13hb. Apabila aku periksa akaun bank aku, eh kenapa ada tolak duit ni? Agak cuak. Ye la, duit tak keluar pun hari tu. Tapi ditolak dari akaun.

Terus aku tanya kepada kawan-kawan dan google apa yang patut aku buat. Kawan aku cakap suruh laporkan pada bank. Ya lah, walaupun hanya RM50 tapi tetap juga duit dan bernilai. Bila baca google, diorang suruh pergi bank juga.

Maka, aku pun call suamiku dan minta dia hantarkan ke bank. Lagipun, dia belum masuk kerja. Sebelum itu, aku dapatkan dahulu pass keluar dari ketua kerani (CC) bahagian aku bekerja. Aku gerak pukul 9.15 pagi ke bank.

Suami bising kata aku cucuk kad sahaja tapi tak ambil duit. Tapi aku menafikan sebab aku dah tunggu duit keluar dan sampai duit tak cukup untuk dikeluarkan (insuffienct). Lagipun aku bukan jenis pelupa. Sampai di bank, aku terangkan apa yang terjadi. Staf di bahagian khidmat pelanggan suruh aku hubungi call center. Dia masih was-was dan bertanya kepada seniornya. Ya, aku kena hubungi call center dan maklumkan bahawa terdapat masalah. Aku bertanya, adakah perlu untuk datang semula ke bank? Beliau berkata tidak perlu. Beliau menyuruh aku membuat panggilan luar dari bank.

Aku cuba hubungi no yang tertera di belakang kad ATM CIMB. Ada mesin operator menjawab dan kena hubungi no yang lain pula. Ah, nantilah buat kat pejabat. Aku hubungi suami dan balik ke tempat kerja.

Di tempat kerja, aku bagitau CC aku dah balik. Pass keluar, beliau potong sebab hanya 15 minit sahaja. Lepas tu, aku call no yang tertera. Rupanya, mereka sudah beralih kepada no lain. Kena call no tersebut pula. Dari no 1300880900 ke no 0362047788. Ia masih lagi menggunakan operator mesin. Kena dengar dan tekan no yang bersesuaian. Pilih untuk bercakap dengan perunding kewangan. Ceritakan pasal duit dalam akaun ditolak tetapi duit dari ATM tidak keluar. Diorang akan bagi no tiket aduan. Tunggu selepas 3 hari bekerja, duit akan masuk ke akaun balik.

Tips Cara Dapatkan Duit Dalam Akaun Ditolak Tapi Duit Dari ATM Tidak Keluar

1. Hubungi call center

CIMB 0362047788

2. Bercakap dengan perunding kewangan

Berikan butiran diri

3. Dapatkan no tiket aduan

4. Duit akan masuk dalam masa tiga hari bekerja.

Sebenarnya, perkara ini adalah perkara biasa berlaku. (Biasanya orang kata Maybank selalu terjadi). Ini adalah disebabkan ada kesalahan ATM itu sendiri. Apabila kita membuat laporan, pihak bank akan memeriksa duit dalam ATM tersebut dan akan terdapat lebihan duit (duit kita la tu). Mereka akan masukkan balik ke dalam akaun kita. Tapi syaratnya, kita kena lapor. Kalau tidak lapor, susah sikitlah pihak bank nak tahu akaun siapa yang kena tolak tapi duit tak keluar.

Alhamdulillah, aku dapat balik duit setelah hampir dua hari bekerja. Syukur, masih ada rezeki aku. Nasihatku, kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama, report sahaja. Tidak perlu letih-letih ke bank. Tunggu dalam masa tiga hari bekerja, untuk tempoh duit kembali masuk ke akaun. Jika lebih dari tiga hari, call balik dan bagi no tiket.

Selain itu, pentingnya ada akaun online banking. Senang nak periksa. Aku pun rasa nak buat juga Maybank2U. Dah cuba buat dulu tapi asyik tak lepas je. Nak kena call dulu untuk pihak bank buka sekatan akaun la, kena pergi ke banklah. Tengoklah, nanti rajin sikit, nak buat juga. Senang berurusan bila ada banking online ni.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1093810

轉載請註明來源:今天頭條