Anda sering ketawa? Ini 11 fakta mengenai ketawa

Mrs Sha ...| 2016-05-24| 檢舉

Jika anda merasa sangat stres, dan seseorang tiba-tiba membuat lawak yang boleh membuat anda tertawa keras, hal ini pastinya akan membuat anda merasa sangat tenang, terutama jika ketawa anda berdekah-dekah.

Selain itu, banyak kelebihan ketawa yang mungkin anda perlu tahu.

1. Ketawa itu sifatnya menular. Ertinya cukup dengan melihat seseorang tertawa, kita juga akan ikut tertawa. (Kecuali tak ada perasaan)

2. Ketawa bersama-sama dapat meningkatkan keakraban antara satu sama lain.

3. Ketawa dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus belajar, terutamanya pada pelajar/mahasiswa.

4. Ketawa dapat meningkatkan kreativiti, kemampuan mengingat sesuatu dan konsentrasi.

5. Terapi ketawa dapat mengurangi depresi pada yang telah lanjut usia.

6. Ketawa dapat mengurangkan insomnia dan meningkatkan kualiti tidur.

7. Ketawa secara teratur dapat melancarkan aliran darah dan meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskuler.

8. Ketawa ternyata dapat mengurangkan pertumbuhan hormon kortisol yang sering menyebabkan stress.

9. Ketawa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga jarang terkena infeksi.

10. Ketawa dapat melatih otot-otot di diafragma, dinding perut, pernafasan, wajah, kaki dan punggung. Kalori pun ternyata terbakar ketika kita ketawa minimun 1 jam.

11. Penyelidikan di Sepanyol mengatakan bahawa ketawa dapat mengurangkan rasa sakit selama 45 minit.

Jadi, why so serious? Jom ketawa dan ceriakan hari-hari anda. Tapi awas! dikala terkena selsema jangan ketawa lebih-lebih sangat, nanti terkeluar "cendol".. anda pula yang digelakkan oleh orang lain.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1093567

轉載請註明來源:今天頭條