TRICK BESARKAN SELUAR JEANS GUNA AIR PANAS

Rahman ...| 2016-05-24| 檢舉

Assalamualaikum...

Sejak saya diet ni ada 2,3 helai jeans yang saya dah boleh pakai semula.Kalau tidak ketat kat peha..Memang tersimpan je la dalam almari.Hari2 buka mampu tengok je..

Mesti ada antara kita ni juga yang alami masalah sama.Berat badan naik dan jeans lama tak boleh disarungkan .Kalau ada jeans yang disarungkan rasa macam ketat sikit kat peha tu boleh la ikut trick ni.Tapi kalau sampai sebelah kaki pun dah tak boleh masuk.Sila turunkan berat badan ye..Trick ni tak sesuai untuk anda yang mengalami kenaikan berat badan yang melampai,.heheh

Ok meh kita mulakan trick mudah untuk besarkan jeans yang ketat.

Bahan-bahan : Air panas dan botol semburan.

1-bentangkan jeans di atas lantai.

2-semburkan air panas ke bahagian jeans yang nak dibesarkan.

3- tarik atau renggangkan bahagian jeans yang ketat

4-lakukan dengan cepat.jangan sampai air tadi sejuk..

5-lakukan cara yang sama pada bahagian lain jeans yang nak di besarkan

6-kemudian seterika bahagian tersebut dengan suhu sederhana atau boleh gunakan pengering rambut.

7-gantung guna hanger sampai kering baru boleh pakai.

Boleh tarik arah mana yang korang suka..tapi pastikan belah kiri dan kanan sama lebar.Jangan tarik yang kiri je tapi kanan tak tarik..Nanti pakai la jeans ketat sebelah..heheheh..

Kalau nak cara senang rendam saja guna air panas.Tapi cara ni takut2 boleh merosak kan fabrik atau jeans jadi mengelebeh .Kalau pakai penyembur tu kita boleh kawal air panas yang kita guna...Terserah la nak guna cara apa.kalau nak buat , cuba dulu guna jeans yang murah2 pun bagus juga..kan??

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1093241

轉載請註明來源:今天頭條