Kisah sedih sorg Pak Cik yg dtg ke kedai utk menjual Hp nya.

Herwan| 2016-05-23| 檢舉

Dari FB Afiq Ikram frown emoticon

Petang ni, datang seorang pakcik ke kedai. Hajatnya hendak menjual telefon bimbit.

"nak, telefon nokia lama ni anak ambil tak?", sambil menunjukkan phone seperti dalam gambar.

"hm... ni legend ni pakcik.. maaf pakcik. saya tak ambil.. hm.. maaf tanya cik, kenapa nak jual?", soalku.

terdiam sejenak suasana...

"pakcik nk guna duit untuk sara hidup, bulan ni kurang sikit duit. tak pon macam ni nak. boleh tak cik tinggalkan dlu, hujung bulan cik ambil balik?"

aku terkesima sekejap... rupanya, agak susah keadaan pakcik ni..

"pakcik perlukan berapa?", soalku..

"RM50 boleh nak? hujung bulan nanti cik datang ambil balik telefon, cik bagi balik duit."

sambil membelek telefonnya, aku menyelok duit di tabung kaunter.

"pakcik, duit ni cik ambil, telefon ni cik pegang. mana tahu ada anak nak telefon, saudara mara nak telefon. pakcik tak perlu bayar balik. takpa.. moga urusan pakcik lebih mudah selepas ni.."

"Allahuakbar, terima kasih nak. moga perniagaanmu terus maju"

"amin...", balasku

aku merenung dari cermin gelap kedaiku.. kelihatan isterinya di luar. memegang beberapa bungkusan kecil. Dan mereka saling berpegang tangan melepasi jalan. dengan tongkat di tangan kanan. kelihatan mereka berbisik sesuatu. sambil menoleh ke kedaiku.

pakcik...

biarpun harini rezeki kurang, namun pakcik lebih memerlukan. Doa pakcik menjadi suatu kekuatan buat saya. kadangkala, kerugian itu suatu bentuk keuntungan. anda mungkin rugi duit, tapi anda untung kerana punyai hati yang hidup.

‪#‎rasanaknangisjetengokpakciktu‬

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1091479

轉載請註明來源:今天頭條