Chris Evans
Chris Evans
WATAK superhero atau adiwira tidak asing lagi buat aktor kacak, Christopher Robert Evans, atau yang lebih selesa menggunakan nama komersial, Chris Evans.
Dia dikenali menerusi karakternya yang 『gila-gila』 dan kaki perempuan sebagai adiwira Human Torch/Johnny Storm melalui filem Fantastic Four (2005) dan sekuelnya, Fantastic Four: Rise of The Silver Surfer (2007).
Begitu pun, filem itu belum cukup untuk mengangkat dirinya ke kemuncak kerjayanya sebagai aktor mega di Hollywood sekali gus meletakkannya dalam barisan pelakon gred A.
Justeru, apabila namanya diumumkan sebagai aktor terpilih untuk karakter adiwira Captain America/Steve Rogers menerusi filem Captain America : The First Avenger pada 2011, ia bagaikan satu peluang keemasan buatnya.
Ini kerana, filem adaptasi komik popular terbitan Marvel itu akan melibatkan sembilan siri filem membabitkan watak Captain America.
「Saya menandatangani kontrak berlakon francais filem ini tetapi saya sebenarnya tidak pasti 100 peratus apakah ia akan menjadikan saya bintang mega.
「Disebabkan tidak 100 peratus berkeyakinan, ini bermakna keputusan yang saya buat itu sangat menakutkan,」 katanya.
Memegang salah satu watak ciptaan daripada komik popular Marvel, Captain America membuka peluang kepada Evans untuk bergandingan dengan pelakon adiwira yang lain seperti Iron Man oleh Robert Downey Jr. dan Thor (Chris Hemsworth) dalam filem The Avengers (2012).
「Filem dibikin untuk tontonan penonton, terutama sekali peminat fanatik adiwira-adiwira ciptaan Marvel - golongan inilah yang paling saya bimbangkan penerimaan mereka,」 katanya.
Menyingkap perihal kerjayanya, anak kelahiran Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), ini memulakan karier lakonannya menerusi watak-watak kecil dalam siri televisyen (TV) seperti Boston Public, The Fugitive dan Opposite Sex.
Karier lakonan Evans kemudiannya berkembang kepada filem setelah dia membintangi filem The Newcomers (2000).
Rancang bersara?
Dek lakonannya yang mantap, nama Evans, terus menjadi perhatian ramai apatah lagi apabila dia turut memiliki pakej lengkap sebagai seorang aktor dan hero.
Namun sayangnya, wajah Evans mungkin tidak dapat dilihat dengan lebih kerap selepas ini kerana aktor tampan ini mengakui merancang bercuti panjang dari dunia lakonan sebaik selesai kontraknya dengan pihak Marvel.
「Saya ada terfikir untuk berehat sebaik kontrak saya bersama Marvel tamat. Bagi saya dunia lakonan adalah sebuah teka-teki yang sangat besar,」 katanya kepada AceShowbiz.
Bagaimanapun, ia bukan bermakna Evans akan bersara buat selamanya dari dunia lakonan kerana dia menyimpan impian bekerja di belakang tabir sebagai seorang pengarah.
「Tugas menjadi pengarah bukanlah mudah, namun ia bukan alasan untuk saya berada di tempat yang selesa dan saya yakin dengan keputusan yang akan dibuat ini,」 katanya lagi.
Patah tulang bahu
Kesinambungan watak Captain America/Steve Rogers dapat ditonton lagi apabila sekuelnya, Captain America : The Winter Soldier bakal menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 27 Mac ini.
Filem berbajet besar ini diarahkan oleh Anthony Russo dan Joe Russo dan di angkat daripada komik popular, Marvel.
Selain Evans, filem ini juga dibintangi Scarlett Johansson, Anthony Mackie, dan Samuel L Jackson. Rencananya, filem ini akan dikeluarkan dalam format 2D dan 3D.
Berbeza dari filem pertamanya, sekuel kali ini lebih banyak menampilkan aksi pergaduhan seperti babak pukulan.
Menariknya, ada antara babak aksi itu terpaksa dilakukan sendiri oleh Evans meskipun pihak produksi menyediakan pelakon lagak ngeri.
Disebabkan itu, Evans mengalami patah tulang di bahu dan lebam di beberapa bahagian badannya.
「Sebelum ini, saya tidak pernah mengalami patah tulang tetapi dalam filem ini saya merasakannya. Filem ini membuatkan saya mengalami banyak kecederaan,」 katanya kepada Los Angeles Times.
SEMENJAK membintangi filem Captain America dan The Avengers, nama Chris Evans terus menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja kerana lakonan yang mantap, Evans turut mempunyai pakej lengkap sebagai seorang aktor dan hero.
Namun sayangnya, wajah Evans mungkin tidak dapat dilihat dengan lebih kerap selepas ini kerana aktor tampan ini mengakui merancang untuk bercuti panjang dari dunia lakonan sebaik selesai kontraknya dengan pihak Marvel.
"Saya ada terfikir untuk berehat sebaik kontrak saya bersama Marvel tamat. Bagi saya dunia lakonan adalah sebuah teka-teki yang sangat besar," katanya kepada AceShowbiz.
Bagaimanapun ia bukan bermakna Evans akan bersara buat selama-lamanya dari dunia lakonan kerana Evans menyimpan impian untuk bekerja di belakang tabir sebagai seorang pengarah.
"Tugas menjadi seorang pengarah bukanlah mudah, namun ia bukan alasan untuk saya berada di tempat yang selesa dan saya yakin dengan keputusan yang akan dibuat ini," katanya yang bakal tampil dengan sekuel Captain America tidak lama lagi.
Profil
Nama: Christopher Robert Evans
Tarikh Lahir: 13 Jun 1981
Tempat lahir: Sudbury, Massachusetts, U.S.
Profesion: Pelakon, pengarah
Filem: The Newcomers Judd, Not Another Teen, Paper Boy, Perfect Score, Cellular, Fantastic Four, Push dan banyak lagi.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1068313
轉載請註明來源:今天頭條