Cara Hilangkan Dakwat Kekal Suruhanjaya Pilihan Raya

Rahman ...| 2016-05-10| 檢舉

Cara Hilangkan Dakwat Kekal Suruhanjaya Pilihan Raya

Tanggal 7 Mei 2016, rakyat Sarawak di beri mandat untuk memilih pemimpin untuk penggal baru... Semua sedia maklum yang jari pengundi yang membuang undi akan di warnakan dengan dakwat kekal. Reen akui, dakwat kali ni memang kekal.. huhu. Hari ni, merupakan hari ke 3 selepas pilihan raya dan dakwat di jari ni tak de tanda nak pudar.. dan hari ni viral di facebook cara hilangkan dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sebuah page telah berkongsi cara hilangkan dakwat kekal ni dengan menggunakan air soya.. Reen salah seorang yang telah mencuba cara ni.. memang cara ni berkesan sedikit tapi bagi Reen mengambil masa untuk menghilangkan dakwat kekal ni. Reen rendamkan hampir 30 minit jari telunjuk dalam air soya tapi hanya sedikit je yang hilang..

Bila air soya kurang berkesan untuk menghilangkan dakwat kekal.. Reen cuba menggunakan Klorok, tak sampai 5 minit, rendam gosok jari, rendam gosok jari. Tak sampai 5 minit, dakwat kekal semakin pudar dan hilang..

Di akui, Reen rasa tak selesa bila dakwat kekal ni. Kulit jari rasa kering dan kulit jari rasa tegang... Sebab tu, Reen sedaya upaya menghilangkan warna dakwat kekal ni..

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1067808

轉載請註明來源:今天頭條