
HARI ini, mungkin ada dalam suasana bersedih susulan insiden nahas helikopter di Batang Lupar, Sarawak dan kejutan berita kemalangan tren Ekspress Rakyat dan ETS di dekat Kuala Kubu Baharu, Selangor tengah hari tadi.
Juga ditambah lagi degan debaran kencang menanti keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak yang turut tidak kurang membangkitkan suasana penuh suspen khasnya penduduk di bumi kenyalang.
Namun, semua mood sedih dan persekitaran yang tegang ini, bakal terlerai sebentar dengan kehadiran klip video khas sempena sambutan Hari Ibu dalam siaran stesen TV AlHijrah.
Suara merdu penyanyi Aisyah menerusi lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu sekali lagi mengisi video istimewa berdurasi 2 minit 20 saat ini.
Sekalipun hanya ucapan spontan dalam kalangan keluarga TV AlHijrah kepada ibu masing-masing, namun menyedari 8 Mei adalah Hari ibu, kita mungkin bagai tersentak sejenak.
Bilakah kali terakhir anda melahirkan perasaan kasih pada ibu? Bilakah kali terakhir kita memeluk dan mengucup pipi atau tangan ibu?
Jom layan sebentar klip video penuh erti ini. Terima Kasih TV Al Hijrah #SegalanyaBermulaDiSini. – MYNEWSHUB.CC
轉載請註明來源:今天頭條