Video: Helikopter Bawa Timbalan Menteri,Ahli Parlimen Hilang

Rahman ...| 2016-05-05| 檢舉

KUCHING: Sebuah helikopter membawa rombongan kenamaan dilaporkan terputus hubungan sejak empat jam lalu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter berkenaan yang dipercayai turut membawa pegawai kanan sebuah kementerian, sepatutnya di mendarat di Hangar Hornbill Skyways, di sini pada jam 5 petang tadi.

Difahamkan, juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Usaha sedang digerakkan bagi mengesan pesawat berkenaan.

Antara penumpang helikopter terbabit ialah Dato』 Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC, Tuan Asmuni Abdullah( suami Timbalan Menteri MPIC), Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC, Dato』 Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar dan Ahmad Sobri Harun ( pengawal peribadi).

Sementara itu menurut salah seorang penguna Faceebok, helikopter tersebut telah selamat mendarat dan semuapenumpang dilaporkan telah selamat.

Bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

SuaraTV masih menunggu pengumuman rasmi berhubung kejadian tersebut. -SuaraTV

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1060100

轉載請註明來源:今天頭條