PU Zaid Meninggal Dunia Jatuh Dalam Bilik Air

Herwan| 2016-05-05| 檢舉

28

1Shares

BEKAS peserta program realiti dakwah, Pencetus Ummah, Abdul Zaid Abdul atau lebih dikenali sebagai PU Zaid menghembuskan nafas terakhir selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air.

Difahamkan PU Zaid, 31, dipercayai pengsan dalam bilik mandi sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi tadi.

PU Zaid, peserta Pencetus Ummah edisi 2015 berasal dari Tawau, Sabah merupakan anak keempat daripada sembilan beradik.

Hasil pemerhatian menerusi laman Facebooknya (FB), PU Zaid mengalami masalah kesihatan sejak awal bulan lalu menerusi tulisan status daripada pihak admin yang mengendalikan akaun FB miliknya. – MYNEWSHUB.CC

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1059529

轉載請註明來源:今天頭條