Cerita Dewasa Boss aku yang gelojoh

Naan Ma ...| 2016-05-02| 檢舉

Aku suka apa bila boss tempat kerja aku yang sesekali join 「morning briefing」, waktu berginilah macam – macam idea dan kata – kata perangsang yang dikeluarkan oleh beliau untuk meningkatkan produktiviti , kelancaran kerja dan yang terpenting untuk sama – sama senang..

Walaupun kekadang aku rasa beliaulah yang akan lebih senang. Jika tidak mana mungkin beliau mahu besusah payah untuk meluaskan empayer perniagaan beliau..

Banyaknya kerja yang ada ditangan bukan bermaksud untuk menolak kerja- kerja yang baru datang .. Selagi masih diberi peluang untuk melaksanakan rebut sahaja kerja – kerja yang mendatang. Tingal kita pandai – pandai untuk menguruskan nya.

Ha inilah yang dikkatakan Boss aku yang gelojoh, Pantang ada job ,tender atau peluang yang ada . Kalau boleh kasi sapu bersih..Dia kata 「dapatkan dulu baru fikir nak laksanakan」.

Namun bergitu aku juga terpaksa suka dengan kata – kata semangat untuk maju kehadapan… Jika aku tak suka bermakna aku tidak suka dengan idea – idea orang berjaya.. Dan jika tidak suka dengan idea orang berjaya mana mungkin kita akan berjaya.. Senangkan hukum putaran hidup ini .. nak hidup senang kaya kena bergaulah dengan golongan seperti ini. Mentor – mentor yang anda 「follow」 pasti ada menceritakan benda yang sama .

Buktinya anda mahu menjadi orang yang soleh , ingin menjadi orang yang soleh tak kan nak lepak – lepak dan bergaul dengan kaki dangdut atau kutu rayau. Sudah tentu tak akan menjadi kan…

Kalau tak gelojoh mungkin 「Bosscoffe」 pun tak akan ada lagi hihihi

Jadi disinilah pentingnya mencedok apa yang boss anda lakukan..Jika beliau melihat peluang bisnes didepan mata yang perlu direbut … Kita juga harus seperti itu. Anda tidak mencuba pasti anda tidak akan mengetahui hasilnya. Seperti untung atau rugi,Berjaya atau tersungkur. Semuanya perlu diterokai . Tidak kira lah anda mahu mengikut trend perniagaan tepi jalan atau anda mahu mula dari dalam bangunan.

Semuanya bergantung kepada kemampuan dan kemahiran yang anda miliki.. Mana tahu anda bermula dari facebook tetapi hasil jualan anda sudah membolehkan anda mengaji dan berhenti daripada makan gaji.( Bergantung kepada usaha dan rezeki anda juga).

Idea Perniagaan…

Oh ya mungkin anda sekarang ini tercari – cari bagaimana mahu memulakan perniagaan , Mahupun idea kertas kerja yang boleh membantu melancarkan perniagaan, Jika anda mahu anda boleh lah survey laman Idea Dan Contoh Kertas kerja Perniagaan . Manalah tahu dengan idea tersebut ia akan membantu anda memulakan bisnes dan seterusnya meningkatkan lagi perniagaan anda.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1054238

轉載請註明來源:今天頭條