
Dalam tempoh masa singkat empat hari bertugas sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak dan berada di Bandaraya Miri rasanya tidak cukup untuk menerokai menu makanan sedap di sini.
Oh ya, Miri merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran 「Bandaraya Peranginan」. Memang menarik pemandangan di sini terutama pesisiran pantainya.
Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.
Sejak hari pertama sampai di Bandaraya Miri, saya sudah mula mencari menu wajib untuk dinikmati sebagai anak jati Bumi Kenyalang. Menu utama menjadi pilihan sudah semestinya Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Walau bagaimanapun, Mee Sapi lebih menarik citarasa lidah saya selain Mee Jawa Satay Ayam.
Kami bersarapan di Kornia’s Recipe Miri di Marina Bay selama dua pagi berturut-turut. Restoran ini menjadi pilihan kami kerana memenuhi citarasa kami dengan pelbagai menu disediakan.
Selain itu, kami ada berkunjung ke Dapur Mak Nek yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sibu dan Gerai No.10 berhampiran RHB Bank untuk menikmati Rojak Sotong dan Tauhu dan ABC Longan (tiada dalam gambar).
Mee Kolok di Dapur Mak Nek
Rojak Sotong dan Tauhu di Gerai No.10 (sebelah RHB Bank).
Mee Jawa Satay Ayam di Kornia’s Recipe
Mee Laksa Sarawak di Kornia’s Recipe
Mee Sapi di Kornia’s Recipe
Peta Kornia’s Recipe
Saya akui, Bandaraya Miri memang banyak restoran dan tempat makan yang『best』.
Anda boleh cubai sendiri ya!!
轉載請註明來源:今天頭條