Penggali kubur bergelar John Rambo diburu kes tetak polis

Alan| 2016-05-02| 檢舉

Kuala Lumpur: Seorang penggali kubur bergelar John Rambo sedang diburu polis manakala rakan sejenayahnya berusia 39 tahun sudah ditahan polis pada jam 9.30 pagi tadi di kawasan kubur Jalan Kuari, Cheras berhubung kes serangan ke atas dua anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, John berusia 44 tahun itu dipercayai masih bersembunyi di kawasan kubur yang sama.

Menurutnya,kedua-dua suspek diburu polis selepas terbabit dalam kejadian serangan menggunakan parang ke atas dua anggota polis ketika serbuan dijalankan ke atas sebuah stor di Jalan Kuari pada jam 6 petang semalam.

"Suspek yang diburu itu mempunyai lima rekod kes dadah .

" Mengenai anggota yang cedera pula, seorang daripadanya sudah dibenarkan pulang semalam, manakala seorang lagi masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1053075

轉載請註明來源:今天頭條