Sultan Terengganu murka kerana isu tanah

Alan| 2016-05-01| 檢舉

KUALA LUMPUR – Insiden kemurkaan yang menyebabkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik balik darjah kebesaran daripada Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dipercayai ada kaitan dengan isu tanah.

Aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin melalui status di Facebook menyifatkan isu sebenar bukan soal perbalahan antara Sultan Terengganu dan Menteri Besar isunya soal integriti.

「Makluman risikan saya tidaklah hebat, tetapi hasil risikan saya telah mendapat maklumat punca isu itu. Khabarnya ini yang sebenarnya yang menjadi isu,」 tulis Zaharin memulakan dakwaannya mengenai isu ini.

Katanya, perkara yang dikongsi menerusi sumber yang boleh dipercayai menyatakan bekas Menteri Besar, Ahmad Said telah mencadangkan kepada Sultan Terengganu jika ada permohonan kawasan hutan, maka tidak perlu melibatkan Baginda secara langsung.

「Dengan persetujuan Sultan maka satu kawasan hutan pun dipohon atas nama orang tertentu. Kononnya hasil dari jualan khazanah hutan itu, akan diberikan kepada beberapa Yayasan yang Sultan sebagai penaungnya, termasuklah Yayasan yang bercorak pendidikan dan bantuan kepada orang miskin,」 tulisnya.

Menurut Zaharin, setelah berlaku pertukaran Menteri Besar dari Ahmad Said kepada Ahmad Razif, Yayasan yang Sultan Terengganu adalah penaungnya masih belum menerima apa-apa sumbangan kewangan hasil dari tanah hutan tersebut.

「Selepas diluluskan hampir satu tahun setengah, yayasan yang mengharapkan sokongan kewangan tidak tahu apa benda telah menghadap Sultan untuk mendapatkan atau mencari dana kewangan yang sudah susut kewangannya.

「Maka terperanjatlah Sultan, kerana mengingatkan saperti janji dahulu. Jika sudah dijual khazanah hutan itu (pasti) ada sumbangan kepada Yayasan,」 katanya lagi yang memetik dari sumber yang tidak dinamakan.

Disebabkan itu kata Zaharin, Sultan telah memanggil pihak berkuasa negeri dan pertanyakan tentang perkara itu.

「Mereka memaklumkan semua proses kelulusan sudah selesai sejak satu tahun yang lalu.

「Di sinilah Sultan sangat murka. Mana janji yang djanjikan oleh Menteri Besar. Ini bukan soal kepentingan Sultan tetapi mereka yang bernaung dibawah Yayasan-yayasan di mana Sultan merupakan penaungnya.

「Maka kesimpulannya, ke mana hasil jualan khazanah hutan itu? kenapa tak diberikan kepada Yayasan yang di janjikan?

「Siapa yang tak marah? Bolehkah Perdana Menteri hendak selesaikan isu intrigreti Menteri Besar ini? Janji di tepati, Dimana?,」 tulisnya mengakhiri dakwaan tersebut.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1052940

轉載請註明來源:今天頭條