2 rakyat malaysia dipenjara di amerika seludup rangka haiwan

Alan| 2016-05-01| 檢舉

OREGON 28 April – Dua rakyat Malaysia dikenakan hukuman penjara selama enam bulan oleh sebuah mahkamah di Portland, di sini semalam selepas mengaku bersalah menyeludup haiwan spesies terancam ke Amerika Syarikat (AS) sejak 2004.

Menurut kenyataan Mahkamah Daerah Oregon, Eoin Ling Churn Yeng, 35, dan Galvin Yeo Siang Ann, 33, didapati bersalah melakukan jenayah tersebut menerusi perniagaan dalam talian dengan menyeludup rangka haiwan bernilai AS$95,000 (RM371,707).

Siasatan kes berkenaan bermula tiga tahun lalu apabila pihak berkuasa menemukan rangka burung enggang ketika memeriksa bungkusan dari luar negara yang dihantar ke Forest Grove, Oregon.

Pegawai penyiasat kemudian menahan kedua-dua suspek selepas menyamar sebagai pembeli yang mahu mendapatkan tengkorak orang utan, kuku beruang dan beberapa rangka haiwan lain.

Timbalan Ketua Per*khidmatan Hidupan Liar dan Perikanan AS, Edward Grace berkata, orang utan merupakan spesies yang semakin pupus dan sesiapa yang memiliki rangka atau tengkorak haiwan terbabit akan dihukum

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1052936

轉載請註明來源:今天頭條