Begitu zalimnya sikap manusia kini sehingga sanggup menganiaya binatang yang tidak berdosa. Lebih-lebih lagi seekor kucing, haiwan kesayangan nabi.

Menjadi viral di laman sosial apabila seorang pengguna telah memuat naik gambar menerusi laman Facebook Rayyen Khalismenunjukkan seekor kucing yang disumpit di bahagian abdomennya sekaligus mencetuskan kemarahan ramai terutama sekali buat pencinta haiwan kesayangan nabi ini.
Menerusi postingnya, kejadian itu bukanlah kali pertama dilihatnya kerana sebelum ini kucing yang sama juga pernah disumpit di bahagian perutnya.
「Bila berpindah ke Rawang ini, macam-macam orang pelik yang ditemui. Semalam balik dari kerja, terkejut tengok kucing ini disumpit dengan besi berkarat buat kali kedua oleh jiran.
「Saya nampak di depan mata saya sendiri. Pelakunya adalah seorang lelaki dewasa yang sudah mempunyai tiga orang anak. Tetapi perangai macam haram!」 tulisnya.
Rayyen cuba pergi kerumah lelaki terbabit untuk bersemuka namun lelaki itu enggan keluar.
「Lepas itu saya pergi ke rumah orang tu, panggil dia tapi tak nak keluar. Pagi tadi nak panggil lagi sekali namun terpaksa batalkan niat sebab dia lepaskan anjing di luar pagar depan rumahnya.
「Apa dosa kucing ni sampai kena macam ni? Sebelum ini, kucing ini disumpit dan tercacak di tepi perutnya,」 katanya.
Baca Kisah Gambar Di Bawah: Kisah Hero - Kucing Malang Kena Potong Kaki
Kekejaman yang berlaku terhadap haiwan bagaikan tidak terbela biarpun undang-undang yang sedia ada masih belum mampu untuk mendidik segelintir masyarakat yang nampak sahaja 『normal』 namun hakikatnya langsung tidak berotak.
Susulan itu, netizen di ruangan komen yang dilihat berang dengan insiden penganiayaan haiwan seperti ini meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan ke atas individu tidak bertanggungjawab itu.
Sehingga kini perkongsian dari Rayyen menerima lebih daripada 1,000 share dalam kalangan warga media sosial.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1050416轉載請註明來源:今天頭條