TIPS SEKIRANYA KERETA DITARIK BANK!!

Mastiza ...| 2016-04-27| 檢舉

Hari ini ada tips berguna untuk rujukan semua. OK? Imma be quick. Kereta yang tidak di bayar ansurannya melebihi dua bulan berturut-turut atau ansuran terakhir berisiko untuk ditarik. Kalau owner meninggal, dan bayaran ansuran selama empat bulan berturut-turut gagal dibayar pun membolehkan kereta ditarik. Kalau tidak mampu untuk bayar ansuran kereta, sila ke bank untuk restructure balik bayaran. Kalau bank tak nak layan atau buat tak reti untuk contact HQ, AKPK, Bank Negara atau FMB, buat desakan sebagai pengguna sehingga bank patuh. (Quick note: FMB @ Finance Mediation Bureau adalah badan bebas yang menyelesaikan sebarang isu antara korang dengan bank yang menjadi member FMB. OK? Pendek kata kalau Bank buat lebih kurang je dengan korang, sila repot ke FMB.)

Back to the story, kalau langkah di atas di ambil dan kereta korang akan ditarik, jangan takut. Ingat, tukang tarik kereta hanyalah rakyat Malaysia yang biasa. Diorang macam korang jugak. Surat bank adalah surat arahan untuk tarik kereta. Bukan surat kuasa untuk masuk premis korang dan membuat onar. Polis pun kena pakai waran nak masuk rumah korang, inikan pulak deme-deme ni. Syarikat kewangan a.k.a Bank akan melantik penarik kereta bertauliah dari mereka yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia. Sebelum menarik kereta, mereka perlu mempamerkan tiga perkara iaitu, kad pengenalan, kad kuasa dan surat arahan dari bank dan anda berhak, I repeatBERHAK untuk meminta ketiga-tiga dokumen ini untuk diteliti sebelum menyerahkan kunci kenderaan dan mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan anda.

Repoman atau penarik kereta ni mempunyai etika atau code of conduct yang telah disenaraikan oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia. Antaranya, macam aku kata tadi, tiga dokumen yang perlu dipamerkan sebelum memulakan kerja. Mereka juga perlu datang dalam jumlah seminimum yang mungkin. Maksudnya tak payah datang ramai-ramai melainkan perlu. Contohnya, korang ni abang long ke, gangster ke. Diorang jugak tak boleh masuk ke premis atau kawasan rumah korang TANPA keizinan korang. Sebelum kenderaan korang ditarik, korang hendaklah diberi masa sekejap untuk mengeluarkan apa-apa barangan dari kenderaan korang. Diorang tak boleh melakukan kekerasan terhadap korang dan selepas sahaja kenderaan korang ditarik, korang kena buat laporan polis sebagai makluman sahaja dan bawak kenderaan korang ke tempat yang diminta oleh repoman tersebut. Paling penting, diorang kena bertindak professional. Ini adalah guidelines dari PSSSBM sendiri. Bukan bullshit yang aku reka. Kalau mana-mana arahan di atas, diorang gagal patuhi, korang boleh repot PSSSBM atau Bank yang berkenaan.

Sebelum kereta korang ditarik, korang akan menerima notis jadual keempat iaitu surat yang menyatakan bahawa lagi 21 hari, kereta korang akan ditarikdan notis kedua akan dikeluarkan iaitu 14 hari selepas notis jadual keempat. Harap maklum, kereta hanya boleh ditarik bila-bila masa selepas 21 hari notis jadual keempat dikeluarkan. Kalau ada sebelum tu, korang boleh repot polis. Menurut akta SB, surat dan notis akan dihantar ke alamat terakhir yang diketahui. Maksudnya, kalau korang pindah, kena maklumkan. Kalau tak, sia-sia je korang buat repot. Pasal notis jadual kelima, penamaan individu yang menaruh minat dengan lelongan awam aku tak nak sentuh pasal tu bab lain. Korang boleh refer bank untuk maklumat lanjut.

Paling penting disini, setiap surat yang diberi atau dipamer kepada korang hendaklah dibaca dan diteliti sebelum korang sain apa-apa. OK? Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website NCCC untuk mengetahui hak korang sebagai pengguna. Korang jugak boleh rujuk website FMB untuk sebarang rujukan dan aduan.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1045192

轉載請註明來源:今天頭條