Inilah 5 Jet Pejuang Yang Tercangih dan Terhebat Di Dunia

musang ...| 2016-04-26| 檢舉

Banyak sebenarnya jet pejuang yang canggih dan hebat tetapi 5 pesawat tempur dalam artikel ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. Berikut adalah 5 jet pejuang tercanggih dan terbaik di dunia pada masa kini.

1. Lockheed Martin F-22 Raptor

Negara: Amerika Syarikat

F-22 Raptor merupakan jet pejuang buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini merupakan generasi keempat yang dirancang untuk dijadikan pesawat tempur terhebat di udara untuk digunakan menghadapi jet pejuang Soviet Union.

Jet pejuang ini dilengkapi peralatan untuk serangan darat, peperangan elektronik dan untuk signal intelligence.

Lockheed Martin Aeronautics adalah kontraktor utama yang bertanggungjawab membina sebahagian besar badan pesawat, persenjataan dan final assembly F-22.

Program partner seperti Boeing Defense, Space & Security menyediakan sayap, peralatan avionik, aft fuselage dan sistem latihan.

Lockheed Martin mengakui Raptor mempunyai kombinasi seperti stealth, kelajuan, ketangkasan, ketepatan dan situasi kesedaran, kombinasi air-to-air dan air-to-ground kombat.

Dengan segala keupayaan ini, ia dianggap sebagai pesawat yang paling canggih di dunia setakat ini.

SPESIFIKASI F-22 RAPTOR:

CIRI-CIRI UTAMA:

CREW: 1 Orang PANJANG: 18.90 meter TINGGI: 5.08 meter RENTANG SAYAP: 13.56 meter BERAT KOSONG: 19,700 kg BERAT ISI: 29,000 kg

PRESTASI

KELAJUAN MAKSIMUM: 1,498 mph (2,410 km/h)

JARAK: 1,839 batu (2,960 km)

2. Sukhoi T-50

Negara: Rusia

Sukhoi T-50

Sukhoi T-50 PAK FA adalah jet pejuang generasi ke-5 yang dikembangkan oleh Sukhoi OKB untuk Angkatan Udara Rusia.

Jet pejuang ini dibina untuk menggantikan jet pejuang Mig-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker pada sistem pertahanan udara Rusia.

Selain itu,Sukhoi T-50 juga dijadikan sebagai dasar untuk projek Sukhoi/HAL FGFA yang bertujuan mengembangkan jet pejuang untuk keperluan Angkatan Udara India.

Pesawat Sukhoi T-50 dibina khusus untuk menandingi jet pejuang F-22 Raptor dan F-35 Lightning II milik Amerika Syarikat yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.

Jet tempur Sukhoi T-50 ini dibina untuk terus beroperasi sehingga 30 hingga 35 tahun.

SPESIFIKASI SUKHOI T-50:

CIRI-CIRI UTAMA:

CREW: 1 Orang PANJANG: 19.8 meter TINGGI: 6.05 meter RENTANG SAYAP: 14 meter BERAT KOSONG: 18,500 kg BERAT ISI: 29,772 kg

PRESTASI:

KELAJUAN MAKSIMUM: 1,327 mph (2,135 km/h)

JARAK: 3,418 batu (5,500 km)

3. Sukhoi Su-37

Negara: Rusia

Sukhoi Su-37

Sukhoi Su-37 adalah jet pejuang pelbagai guna buatan Rusia. Pesawat ini mempunyai satu tempat duduk dan sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang dikembangkan dari Su-27 "Flanker".

Pesawat Su-37 dikembangkan berdasarkan reka bentuk Su-27. Modifikasi yang dilakukan terutamanya pada sistem avionik dan sistem persenjataan.

SPESIFIKASI Su-37:

CIRI-CIRI UTAMA:

CREW: 1 Orang PANJANG: 21.935 meter TINGGI: 5.932 meter RENTANG SAYAP: 14.698 meter BERAT KOSONG: 18,500 kg BERAT ISI: -

PRESTASI:

KELAJUAN MAKSIMUM: 1,553 mph (2,500 km/h)

JARAK: 2,051 batu (3,300 km)

4. Lockheed Martin F-35 Lightning II

Negara: Amerika Syarikat

Lockheed Martin F-35 Lightning II/div>

Lockhee Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara jarak dekat, pengebomam taktikal dan penguasaan udara.

F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; F-35A berlepas dan mendarat secara konvensional, F-35B berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak dan F-35C untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan produk program Joint Strike Fighter.

F-35 telah direka untuk menjadi pesawat penyerang utama di dunia. Ia bertujuan menjadikan keupayaan udara-ke-udara jarak dekat dan jauh pesawat ini kedua terbaik selepas F-22 Raptor.

SPESIFIKASI F-35A:

CIRI-CIRI UTAMA:

KREW: 1 Orang PANJANG: 15.67 meter TINGGI: 4.33 meter RENTANG SAYAP: 10.7 meter BERAT KOSONG: 13,300 kg BERAT ISI: 22,470 kg

PRESTASI:

KELAJUAN MAKSIMUM: 1,199 mph (1,930 km/h)

JARAK: 1,379 batu (2,220 km)

5. Eurofighter Typhoon

Negara: United Kingdom

Eurofighter Typhoon

Eurofighter Typhoon merupakan jet pejuang pelbagai peranan, sayap delta dan berenjin kembar. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat iaitu Alenia Aermacchi, BAE Systems dan Airbus Group melalui syarikat pemegang Eurofighter Jagdflugzeug GmbH yang ditubuhkan pada tahun 1986.

Projek ini diuruskan oleh NATO Eurofighter and Tornado Management Agency yang bertindak sebagai pelanggan utama.

Pesawat ini mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman, Tentera Udara Itali, Tentera Udara Arab Saudi, Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Oman.

Eurofighter Typhoon mempunyai ketangkasan yang tinggi. Reka bentuk menjadikannya sangat efektif seperti 'dogfighter' apabila bertempur dengan pesawat lain.

Oleh itu, banyak negara yang meminati jet pejuang ini yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa termasuklah negara Malaysia yang turut menunjukkan minat.

SPESIFIKASI EUROFIGHTER TYPHOON:

CIRI-CIRI UTAMA:

KREW: 1 Orang(operasi aircraft) atau 2(training aircraft) PANJANG: 15.96 meter TINGGI: 5.28 meter RENTANG SAYAP: 10.95 meter BERAT KOSONG: 11,000 kg BERAT ISI: 16,000 kg

PRESTASI:

KELAJUAN MAKSIMUM: 1,550 mph (2,495 km/h)

JARAK: 2,355 batu (3,790 km)

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1043550

轉載請註明來源:今天頭條