
Malang menimpa seorang budak perempuan berusia 11 tahun apabila dia terbunuh selepas disambar petir ketika sedang bercakap dengan bapanya melalui telefon bimbit.
Mangsa, Arina, sedang memasukkan kambing ke dalam kandang di Chernoyarsk, Rusia apabila bapanya menghubunginya. Ketika itu kawasan berkenaan dilanda ribut.
Pada masa sama datuknya yang bimbang cucunya itu tidak balik ke rumah telah keluar mencari Arina dan betapa terkejutnya apabila mendapati Arina terbaring dalam keadaan tidak bermaya.
Arina mengalami lecur di 90 peratus badannya. Meskipun Arina dikejarkan ke hospital namun dia gagal diselamatkan.
Budak berkenaan dan adiknya menetap bersama datuknya memandangkan ibu dan bapanya bekerja di bandar.
Dalam pada itu polis telah menemui bukti bahawa Arina sedang menjawab panggilan telefon ketika kejadian berlaku. Pihak berkuasa kemudiannya mendapati panggilan itu adalah daripada bapanya.
Sementara adiknya Milana pula berkata, kilat telah menyambar telefon itu hingga menyebabkannya cair.
「Apabila ribut bermula, bapa telah menghubunginya, dia menjawabnya dan kilat menyambar telefon itu,』』 kata
Milana.
轉載請註明來源:今天頭條