Serpihan Dari Mozambique Hampir Pasti Datang Dari MH370

musang ...| 2016-04-20| 檢舉

KUALA LUMPUR – Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata laporan itu menunjukkan kedua-dua serpihan adalah daripada sayap pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang itu.

「Penstensilan pada kedua-dua bahagian serpihan memberikan penyiasat bukti hubung kait. Fon dan warna pada nombor yang distensilkan pada bahagian pertama menyamai apa yang dibangunkan dan digunakan oleh Malaysia Airlines.

Bahagian kedua mengandungi perkataan 『No Step』 dengan penstensilan konsisten dengan yang digunakan Malaysia Airlines dan sebuah pengikat yang dipasang pada bahagian itu membuktikan hubung kait serpihan berkenaan dengan talian pengeluaran pesawat itu,」 kata beliau dalam satu kenyataan media di dalam laman sesawang kementerian itu hari ini.

「Saya berterima kasih dengan pasukan daripada ATSB, Geoscience Autralia, Boeing dan Australian National University di atas tugas mereka,」 katanya.

Chester berkata pencarian pesawat hilang itu diteruskan di 20,000 km persegi terakhir.

Beliau berkata kapal China Dong Hai Jiu 101 yang terlibat dalam pencarian akan digerakkan semula ke kawasan itu selepas penemuan semula peralatan sonar yang hilang dalam pencarian sebelum ini

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1032800

轉載請註明來源:今天頭條