Punca Cubaan Bunuh Komando Dipercayai Karena Wanita|Dalam cubaan membunuh anggota komando Rejimen 11 Gerak khas kem terandak Mohd Daud Bin Karim dipercayai bermotifkan wanita ,bagai manapun menurut laporan harian metro hari ini belum ada tangkapan dibuat.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sudah mengenal pasti keempat suspek dipercayai terbabit dengan insiden berkenaan bagaimanapun mereka sudah melarikan diri.
「Kita sudah mengesan empat suspek, kesemua berusia 30-an dan dipercayai ada di antara mereka juga anggota tentera bertugas di kem samadengan mangsa.
「Kami meminta suspek supaya segera menyerahkan diri,」 katanya.
Ramli berkata, usaha mengesan kesemua suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen307 Kanun Keseksaan.
Beliau juga meminta kerjasama pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu polis.
Terdahuu , polis giat memburu keempat-empat suspek yang sudah menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, berkata pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat berhubung punca dan motif kejadian itu.
「Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan.
「Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai,」
轉載請註明來源:今天頭條