PERCAYAKAN SI ANAK, SI BAPA FITNAH TABUNG HAJI DAN DIKECAM N

musang ...| 2016-04-13| 檢舉

KERANA PERCAYAKAN SI ANAK, SI BAPA FITNAH TABUNG HAJI DAN DIKECAM NETIZEN, SEBELUM AKHIRNYA TERPAKSA MINTA MAAF!!!

Kalau P.Ramasamy menentang Dr.Zakir Naik sehingga perlu berlakon sadis dengan cubaan pembakaran bahagian hadapan pejabatnya menggunakan molotov koktel, di WhatsApp pula, seorang lelaki Melayu bernama Haji Ahmad Rodzi pula menfitnah Tabung Haji, PTPTN dan Kerajaan Malaysia hanya kerana cerita jenaka anaknya yang sudah menghabiskan RM30,000 yang tersimpan di dalam akaun Tabung Haji.

Ayat terakhir atau lebih tepat lagi pesanan pada bahagian akhir itu yang paling menyengat,

"Jangan sesiapa sokong BN (Barua Najib), biar berkubur PRU14."

Kisahnya, si anak mendakwa, duit sebanyak RM30,000 di dalam akaun Tabung Hajinya telah hilang secara tiba-tiba. Apabila diperiksa, ternyata, wang tersebut telah diambil oleh PTPTN sebagai pembayaran hutang pinjaman si anak.

Untuk menyedapkan hati ibu bapanya, sekaligus menunjukkan betapa dia seorang anak yang sangat baik, si anak memberitahu, dia masih tidak bekerja dan sedang menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Syariah.

Nampaknya, sayang benar si bapa kepada si anak dan si bapa yang bergelar Haji itu, lebih mempercayai anak perempuannya daripada orang lain. Walaupun kenyataan si anak itu, sebenarnya boleh dipertikaikan, memandangkan Tabung Haji tidak mempunyai sebarang urusan dengan PTPTN, apatah lagi, membenarkan PTPTN mengambil wang para pendepositnya secara bebas, si bapa nampaknya sama bengong dan biol sehingga tidak menggunakan otak, sebaliknya percaya bulat-bulat dengan pembohongan si anak.

Ternyata, selepas Tabung Haji mengeluarkan kenyataan menafikan pembohongan si bapa dan anak yang sedang viral di alam maya, si bapa kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan, permohonan maaf dan menyatakan bahawa semua itu hanyalah salah faham.

Senang sungguh hidupnya...

Tidakkah dia mengira berapa kerosakan yang telah dilakukannya hanya kerana kedangkalan otaknya menerima bulat-bulat pembohongan si anak?

Tidakkah dia tahu, fitnah yang dibuatnya, sedang digunakan secara meluas oleh musuh-musuh umat Islam dan institusi-institusi kewangan yang berkaitan dengan umat Islam?

Bagaimana dia hendak meminta maaf tentang hal itu?

Bagaimana pula dengan menuduh BN yang diterjemahkannya sebagai BARUA NAJIB yang bersalah, padahal anaknya yang membuat fitnah?

Bagaimana pula anaknya yang terang-terang membuat fitnah tetapi tidak langsung menyatakan kekesalan?

Perangai dan kegembiraan melakukan fitnah, nampaknya sudah berakar umbi walaupun orang berkenaan dilihat berjenama agama seperti Haji dan sebagainya. Akal sudah tidak dapat mencerna dengan baik kerana keseluruhan hati telah dikuasai oleh kenikmatan fitnah dan tohmahan.

Haji berkenaan boleh meminta maaf, tetapi kerosakan dan fitnah yang dibuat dia bersama-sama anaknya, akan semakin berpanjangan dan berkembang lebih besar.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1019411

轉載請註明來源:今天頭條