5 perkahwinan pelik di dunia

Naan Ma ...| 2016-04-10| 檢舉

Fitrah manusia memang dijadikan berpasang-pasangan dan melalui perkahwinanlah yang menyambung tali persaudaraan dengan lebih dekat lagi. Disebalik itu memang terdapat juga kisah-kisah perkahwinan yang pelik dan diantaranya memang tidak boleh diterima oleh akal. Oleh itu pada entri ini ingin admin kongsikan 5 perkahwinan pelik didunia.

1. Berkahwin dengan tembok besar Berlin.

Eijie Ritta Berliner-Meuer yang mana surnname nya bermaksud tembok besar berlin dalam bahasa German telah jatuh cinta kepada tembok besar Berlin. Pertama kali melihat tembok besar Berlin di kaca TV bermulalah perasaan cintanya yang agak luar biasa. Setelah beberapa kali mengunjungi tembok besar Berlin dia membuat keputusan untuk mengahwini objek tidak bernyawa tersebut pada 1979 dan beliau jugalah yang menicipta istilah objectum-sekssualiti.

2. Berkahwin dengan bantal

Dakimakura atau maksudnya isteri warga belanda merupakan bantal yang dikahwini oleh Jin-Gyu. Bantal tersebut dilukis dengan lukisan watak anime kegemaranya Fate Testarossa dari siri anime Magical Girl Lyrical Nanoha. Perasaan lee terhadap bantal tersebut amatlah luarbiasa sehingga ada ketika dia membawanya ke restoran. Akhirnya pada 2008 Lee mengambil keputusan untuk mengahwini bantal tersebut. Perkahwinan pada 2008 itu dilakukan dengan penuh tradisi.

3.Berkahwin dengan kambing

Kejadian ini berlaku di Sudan 2006 yang mana seorang lelaki Charles Tombe telah didapati bersekedudukan dengan seekor kambing betina. Dia telah didapati bersalah oleh orang kampung telah dihukum mengahwini kambing tersebut. Pada awalnya hukuman tersebut hanya jenaka namun masyarakat tua di kampung tersebut serius menjatuhkan hukuman tersebut dan meminta Tombe membayar wang hantaran kepada tuan punya kambing. Perkawahwian tersebut tidak lama apabila kambing betina yang juga isteri Tombe mati akibat tertelan pelastik.

4. Berkahwin dengan ikan lumba-lumba

Sharon Tendler telah mengahwini seekor ikan lumba-lumba di sebuah majlis di Eliat Israel. Ikan lumba-lumba tersebut sebenarnya adalah ikan jantan yang bernama Cindy. Setelah jatuh cinta pandang pertama, Sharon telah berulang-alik ke Israel selama 14 tahun untuk menemui kekasihnya si ikan lumba-lumba tersebut yang mana akhirnya telah melamar ikan lumba-lumba tersebut melalui pelatihnya. Perkahwinan mereka tidak lama kerana akhirnya suaminya itu si ikan lumba-lumba mati kerana terlalu tua.

5. Berkahwin dengan Lembu

Seorang remaja berusia 18 tahun, Nourah Alit, telah didapati mengadakan hubungan intim dengan seekor lembu kerana tidak dapat menahan nafsu. Menurut Nourah dia telah membayangkan yang lembu tersebut sebagai wanita cantik telah menggodanya dan telah terlanjur melakukan hubungan intim denganya. Sebagai hukumanya Nourah telah dihukum untuk mengahwini lembu tersebut oleh orang kampung. Lembu tersebut telah dilemaskan kerana dikatakan tidak suci lagi dan Nourah telah di bersihkan secara ritual untuk menghapuskan dosanya.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1013574

轉載請註明來源:今天頭條