Wanita Bunuh Diri Selepas Dengar Lagu Ed Sheeran

musang ...| 2016-04-05| 檢舉

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Jade Rees yang mempunyai seorang anak lelaki telah mengalami kekecewaan selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan teman lelakinya setelah menjalinkan perhubungan selama lima bulan.

Jade Rees

Jade, 21 merupakan seorang ibu tunggal mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas hubungan dengan teman lelakinya berakhir dan dipercayai lelaki terbabit telah mempunyai pasangan baru.

Tindakan wanita berusia 21 ini bertindak sedemikian setelah mendengar lagu nyanyian penyanyi berusia 25, Ed Sheeran berjudul 『Small Bump』. Lagu berkenaan mengisahkan tentang seorang kawan yang telah mengalami keguguran.

Ed Sheeran

Menurut portal The Sun, keputusan yang dibuat untuk berpisah dengan teman lelakinya menyebabkan dia mengalami masalah kemurungan dan kesedihan sehingga bertindak untuk membunuh diri selepas mendengar lagu berkenaan menerusi telefon miliknya.

Jade yang sebelum ini pernah didiagnosis mengalami masalah pemakanan atau aneroxia dan bertarung dengan kemurungan semenjak berusia 14 tahun, menurut laporan dari Hospital Royal Oldham, Lancashire, England.

Sebelum kejadian, Jade sempat menulis nota untuk kedua ibu bapa dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, menjelaskan bertapa perit apa yang dialaminya selepas proses pengguguran itu.

Dalam salah satu nota yang ditinggalkan tertera; 「Dia begitu bermakna bagi saya」.

Mayat Jade ditemui oleh ibunya Anne keesokan paginya pada jam 10.30 pagi.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1004235

轉載請註明來源:今天頭條