Bagaimana Nak Sembunyikan "Spare Tyre"?

Bard| 2016-04-04| 檢舉

"Spare tyre" selalu dikaitkan dengan wanita yang gempal. Wanita kurus pun ada kebuncitan jika tidak pandai mengempiskan perut. Termasuklah wanita yang baru lepas bersalin. Anda tidak perlu risau, "spare tyre" ini normal kerana ia lemak yang terdapat dalam badan setiap individu wanita.

Soalnya, bagaimana ingin menutupi atau sembunyikan lemak-lemak tersebut.

1. Pakai Jaket atau 'Cardigan'

Pilih jaket yang mengikut bentuk tubuh untuk cipta ilusi tubuh langsing. Elak pakai jaket yang terlalu besar untuk elak nampak sisi gemuk dan pastikan tidak terlalu ketat pada tubuh.

2. Tuck In

Masukkan baju ke dalam seluar longgar atau skirt kembang anda. Ia akan menampakkan anda anggun sekaligus menymbunyikan lemak yang berlebihan itu.

3. Gayakan Banded Top

Jika baju anda mempunyai katan atau jerutan di bawah, secara automatik bahagian 'tersembul' keluar itu boleh disembunyikan. Bentuk perut dan pinggang akan tersorok tanpa ada yang ketahui tentang rahsia perut berlipat anda. Jadi anda perlu lebih berhati-hati pilih baju yang sesuai.

4. Pakai Warna Hitam atau Gelap

Ya, hitam adalah satu rona yang lebih selamat untuk jadi 'pelindung' kawasan berlemak. Lagi pun, hitam adalah warna yang sangat sesuai untuk wanita dan ia tampak anda lebih berani.

5. Fabrik Tidak Melekat

Elak memakai kain jersi atau lycra kerana ia sememangnya menampakkan segala kekurangan bentuk badan anda. Pilihlah kain daripada satin atau kapas. Selain sejuk, anda juga tampil menyempurnakan segala kekurangan yang ada.

Jadi, apa tunggu lagi? Segera kemas almari anda. Ketepikan pakaian yang tidak sesuai dan lakukan 'mix and match'. Sekurang-kurangnya ia menjimatkan wang anda daripada boros untuk berbelanja pakaian yang tidak menepati bentuk badan anda.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node1002254

轉載請註明來源:今天頭條