
Kisah roommate pelajar universiti yang tidak didedahkan nama ini tersebar meluas di media sosial. Kisah yang terbahagi kepada tiga bahagian ini, jika dibaca pada waktu sebegini (malam), sudah pasti membuatkan bulu roma anda meremang habis!
Ketika kisah ini ditulis semula bagi memudahkan pembaca, terasa seperti ada kehadiran 'sesuatu' berdekatan. Namun, sejauh manakah kebenaran cerita ini? Adakah ia rekaan semata-mata bagi tujuan menakut-nakutkan pelajar uni?
KAU TAHU AKU SIAPA
Dengar cerita, kau makin popular sekarang, ramai yang like dan share pasal cerita kau. Diorang cakap, cerita kau sangat seram dan menakutkan. Aku tertawa bersendirian. Kau jangan takut, kau ada banyak lagi masa. Mungkin kau ingat aku tak tahu apa yang kau tulis di sini. Tetapi kau lupa aku ada banyak mata yang memerhati.
Oh ya, tentang tikus aku itu, aku nak ucapkan terima kasih pada kau sebab kau dah tolong aku tanamkan 'benda' itu. Jadi tak payahlah aku menyusahkan diri untuk mengali lubang dan tanamkan 'benda' itu. Since mbah aku kata, lagi elok tuan empunya badan yang tanamkan sendiri. Aku ketawa bersendirian bila mendengar mbah aku kata begitu. Bagus juga ada orang yang menolong aku menyelesaikan kerja aku itu.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!"
Eurm, lagi satu aku nak mengingatkan kau. Janganlah menjaja cerita aku pada orang lain. Hal dalam rumah, habis dalam rumah sajalah. Kalau kau takut, aku kan ada. Tiapt-tiap malam aku temankan kau tidur. Tetapi itulah, kau tak pernah perasan kehadiran aku. Just hari itu sajalah kau terkejut sebab aku keluar dari bawah katil kau. Itu pun aku keluar sebab kawan aku sedang memanggil. Kalau tak, memang lebih lama aku duduk di bawah itu memerhatikan kau.
Kalau kau tengah baca benda ini, aku nak beritahu kau yang aku ada ambil sedikit rambut yang kau simpan. Sebab rambut yang aku kumpul ini masih tidak cukup lagi untuk buat rambut pada kepala kawan baik aku.
"HEHEHEHEHEHEHEHEHE!"
Dah tahu kan?
BAHAGIAN I
Well, firstly aku ucapkan tahniah pada diri aku sendiri sebab berani tulis artikel ini. Hahaha! Sebabnya, aku tak tahu apalah nasib aku selepas ini kalau si dia baca artikel ini. Tetapi aku tak kira, aku nak cerita juga.
Begini ceritanya, aku dengan kawan-kawan aku seramai 8 orang menyewa sebuah rumah. Yelah, tak dapat kolej, nak buat macam mana lagi? Al kisahnya kami semua dapat roomate yang sesama kami dah kenal lama kecuali aku. Aku punya roomate, course lain. Memandangkan nak berjimat kalau berkongsi ramai-ramai, jadi kami pun terimalah.
Alah, lagipun aku tak kisah sangat sebab aku memang jenis tak kisah. Sampailah suatu hari bila dah sebulan tinggal bersama, barulah aku nampak sesuatu dari sisi diri dia.
Suatu hari itu, aku balik awal sebab lecturer tak ada. Member-member yang lain semua keluar tengok wayang. Aku kira nak tidur saj hari tu, balik-balik aku pun baringlah di atas katil. Aku ingatkan aku seorang saja yang ada di rumah, tiba-tiba dia merangkak keluar dari bawah katil.
GILA!! Memang keluar suara jantan aku menjerit terkejut! Korang bayangkan, bawah katil weh! Bukan katil besar pun, katil single je kot?! Dahlah rendah, lepas tu dia keluar dan tersengih pada aku. Ikutkan hati, nak saja aku tampar tapi anak orang. Aku tanya dia buat apa kat bawah katil.
"Dunia ni besar sangat," katanya.
Terdiam aku.
Perkara ini tak terhenti setakat itu saja. Menurut kawan aku, lain pula ceritanya. Satu malam itu, dia bangulah nak pergi ke tandas dan minah ini ada tengah berus gigi. Dia pun legalah sebab taklah takut sangat kalau ada orang. Tetapi, tengok-tengok, minah tu berus gigi dia guna batang berus gigi yang bahagian belakang, bahagian yang kita pegang itu. Kawan aku tak beranilah tegur sebab dengar dia macam sedang bercerita seorang-seorang depan cermin.
Yang paling aku takut, aku terbau bau bangkai di dalam bilik. Kuat sangat baunya sampai aku tanya dia bau apa tu. Dia cakap tak tahu tetapi aku tak percaya. Bila dia keluar mandi saja, aku terus periksa meja dia. Ada satu kotak, aku buka dan di dalamnya ada tikus weh! Bukan tikus sebarangan, tikus yang penuh dengan jarum dicucuk pada badannya.
"Dah jumpa?" bisiknya di telinga aku secara tiba-tiba.
Bila masa pula dia ada di belakang aku?! Naik gila aku pada waktu itu. Takut memang takut.
"Siapa suruh bising sangat, itu yang aku cucuk tu. Mati slow-slow," sambungnya.
Dah-dah, nanti aku sambung. Aku rasa peliklah, rasa macam dia tahu saja yang aku tengah tulis tentang dia. Bye.
BAHAGIAN II
Berat juga hati aku nak sambung cerita ini. Ada pula yang kata aku yang pyscho sebenarnya. Kang aku cari korang sampai dapat kalau aku psycho. Alah, melawak je.
Untuk pengetahuan korang, sekarang aku tengah struggle dengan emosi aku. Aku rasa dia macam tahu saja yang aku tulis tentang dia. Walaupun dia tu nak pegang laptop atau phone pun payah, asyik perhati orang saja kerjanya.
Sejak aku berhenti menulis tadi, dia tengok aku. Lepas itu, dia tanya aku untuk kali yang ke berapa entah.
"Kau tulis cerita eh?" soalnya.
Aku angguk sajalah. Gila duh! Nak angkat muka tengok dia, lepas itu kata, "Ye aku tulis pasal kau", nanti aku pula jadi senasib seperti tikus yang dicucuk dengan jarum itu. Sudahlah aku yang tanam bangkai tikus itu, nak harapkan dia memang taklah. Dia dok tengok saja tikus itu, lepas itu tiba-tiba tersengih.
Ada sekali itu, aku baru balik dari kelas. Aku buka pintu bilik mandi tengok dia sedang mencangkung mengutip rambut yang gugur. Biasalah kan, perempuan ada banyak rambut gugur waktu tengah sikat rambut. Sampailah ke tempat aku, dia teroka mencari rambut gugur.
"Lama dah kau tengok aku?" tiba-tiba dia bertanya begitu membuatkan aku terkedu lagi.
Sumpah weh! Aku ini jenis perempuan yang banyak bercakap. Kalau aku terkedu, itu kiranya dah tahap teruk sangat dah.
"Kau kutip rambut buat apa? Nanti aku sapulah, buat kotor tangan kau je," aku kata.
"Cantiklah rambut-rambut ni, Aku telan je air liur" balasnya sambil tersengih-sengih pada aku.
Sejak itu, selepas aku sikat rambut, aku terus kutip dan simpan rambut yang gugur. Sekarang, aku semakin berjaga-jaga dengan dia. Biarlah aku bertahan untuk sem yang dah nak habis ini. Selesai semua ini, aku blah. Aku harap korang yang kata aku psycho itu yang akan dapat dia. Barulah korang tahu bagaimana nasib korang nanti.
Cerita kawan aku pula, dalam banyak-banyak kawan aku, ada seorang ini yang paling takut dengan dia. Sebabnya, ada suatu malam itu, dia sedang study di ruang tamu dan minah itu pula duduk di atas sofa. Dia ingatkan minah itu sedang tonton televisyen atau bermain handphone, bila dia beralih saja, elok minah itu sedang tengok dia, tepat ke arah dia. TV tak on dan tangan dia kosong saja. Apa lagi? Kelam kabutlah dia lari masuk dalam bilik.
Lagi satu, aku rasa dia memang suka berada di bawah katil. Selang 10 minit dia jenguk bawah katil. Ada apa pun aku tak tahulah. Aku takut pula nak bertanya. Nanti dia jawab, "Ada kawan di bawah", mampus aku!
Solat? Dia solat tetapi laju nak mampus. Aku nak tegur, tapi aku takutlah. Aku mengaku aku memang takut tetapi aku memberanikan diri saja. Kalau aku kelihatan takut di depan dia, aku takut dia akan ambil kesempatan.
Gelak seorang diri itu adalah perkara biasa. Duduk bertinggung sambil main rambut itu juga menjadi rutin dia. Cerita kawan aku yang paling tak boleh blah katanya, dia sedang menyidai baju. Lepas itu ada orang cuit dia. Biila dia toleh, tak ada orang. Minah itu pula tergelak. Kawan aku tak nampak, dia dok mencangkung sambil gelakkan kawan aku. Sudahlah pada waktu itu dah malam, mahu tak menjerit kawan aku.
Ah, penatlah cerita. Nanti kalau ada yang nak, barulah aku sambung lagi. Itupun kalau aku rajin. By the way, sekali lagi bagi mereka yang kata aku psycho itu, aku harap korang akan jumpa manusia seperti dia suatu hari nanti, barulah korang tahu bagaimana perasaan aku.
BAHAGIAN III
Ini bahagian yang terakhir cerita aku. Dah-dah, korang jangan suruh aku tulis lagi. Nanti ada yang nak menanggung itu aku, bukannya korang. Sebelum itu, aku nak jelaskan sesuatu. Aku memang bukan student Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Jadi tak payahlah nak kata cerita ini rekaan semata-mata sebab aku tak stay di mahallah bagai itu. Aku ini student uni lain, tapi aku seriously minat dengan page korang ini.
Untuk bahagian yang terakhir ini, aku nak cerita perkara yang paling ekstrem yang pernah dia buat. Tetapi bila difikirkan, aku nak buat bodoh saja dengan dia selepas ini. Takut aku pula yang berjangkit nanti, payah.
Ini aku tak tahu, tapi yang aku paling geram sekali. Geram sampai kadang-kadang tersumpah juga. Tambahan pula bila aku dah terlewat nak ke kelas. Korang tahu dia buat apa? Setiap hari setiap masa dia akan susun kasut di luar rumah. Dia bukan susun jenis biasa itu, dia akan silangkan kasut-kasut itu. Naik gila aku!
Sudahlah lewat, lepas itu sarung-sarung kaki beralih pula. Kadang-kadang dia akan merungkaikan tali kasut kami. Aku rasa nak marah teapi aku tahu dia macam itu. Nanti aku pula yang jadi senasib tikus tempoh hari. Jadi kami mendiamkan diri, sampai ada yang sanggup bawa kasut masuk bilik.
Adoi, kawan-kawan aku tak apalah, aku nak buat perkara yang sama? Tak tahu aku nak letak kasut kat mana.
Ada suatu malam itu, aku ternampak parut di lengannya. Pelik, macam kesan cakar yang panjang. Ada lima garisan cakar itu. Sebelum ini dia memang jenis memakai baju lengan panjang tak kira bila-bila masa. Cuma malaam itu dia pakai baju lengan pendek dan aku pula ternampak.
Mulut aku pula terasa gatal nak bertanya kenapa ada kesan cakar itu.
"Roomate aku yang cakar," katanya.
Gila! Siapa roommate dia?! Aku?! Lepas itu dia gelak. Sumpah aku tak cakap dah selepas itu. Aku rasa macam aku pula yang tak betul sekarang. Sehingga sekarang aku asyik memikirkan siapa yang cakar dia.
Actually, bahagian ini aku nak rahsiakan tetapi memandangkan aku dah banyak bercerita, jadi aku ceritakan jugalah.
Sebenarnya kami dah bertujuh, kurang seorang. Tetapi bukan kurang dia, dia masih ada bersama. Kawan aku yang paling takut itu tadi keluar dah dari rumah ini. Dia menyewa dengan orang lain. Aku dah cuba menasihatkan dia, tetapi dia dah tak makan nasihat dah.
Semuanya disebabkan ada bangkai cicak di atas katil dia. Adalah dalam lima enam ekor. Siap cucuk dengan jarum lagi agak kekal melekat pada tilam. Menangis teruk kawan aku. Minah itu pula buat bodoh saja, buat muka tak bersalah. Ikutkan hati, nak saja halau dia keluar dari rumah ini tetapi bukan senang. Takut nanti dia pula yang menyimpan dendam.
Kawan aku itu pun satu hal juga, aku dah cakap jangan main-main dengan orang macam tu tetapi dia tak dengar. Dia tahu minah ini suka duduk bawah katil, dia pergi cakap "Gila apa kau ni?!". Lepas itu dia ikat tali kasut sukan minah ini bagi melekat dua-dua kasut. Hangin satu badan.
Aku nak cakaplah, kalau ada kawan seperti ini, jangan buat mereka marah. Kita terpaksa tahan perasaan saja, kalau tak...
Aku rasa aku patut stop dah, dia buat-buat bercakap dengan phone. Aku tahu dia 'bercakap' dengan aku. Tahu apa dia cakap?
"Kalau aku tahu apa kau buat, nahas kau!" katanya sambil tergelak-gelak.
Aku tahu dia tujukan kata-katai tu pada aku. Iyelah, dia nak cakap dengan siapa lagi? Dia bukannya ada kawan. Alah, tak apa, aku dah ada senjata dah. Aku ada diari dia. Hahaha!
Korang berjaga-jaga, tak semestinya korang tengok kawan korang itu Okay means dia memang okay. Jap lagi dia berbisik, "Aku tunggu masa saja nak main-main dengan kau pulak," and now it's your turn, bro and sis, wait. - Hani.
轉載請註明來源:今天頭條