Jom Cuba! Aplikasi WhastApp 'Bold' 'Italic' &'Strikethrough'

@ 2016-04-01

Aplikasi terbaru dan yang dikemaskini pada iPhone mahupun Android sudah tentu membuatkan ramai-ramai tertunggu untuk mencubanya.

Buat pengguna aplikasi WhatsApp, tanpa anda sedar ada fungsi baru di WhatsApp bagi sesiapa yang dah update aplikasi tersebut. Nak tahu apa yang terbaru?

Ada tiga cara anda boleh taip mesej iaitu dalam bentuk bold, italic dan strikethrough. Macam syok je kan. Meh kami ajar macam mana apa yang anda taip tu boleh keluar macam gambar kat atas.

1. Bold

Taip tanda asterisk (*) sebelum dan selepas perkataan.

Contohnya *Hello*

2. Italics

Taip tanda underscora (_) sebelum dan selepas perkataan.

Contohnya _Hello_

3. Strikethrough

Taip tanda tilde (~) sebelum dan selepas perkataan.

Contohnya ~Hello~

Lepas ini barulah lagi semangat nak taip mesej bila boleh pelbagaikan cara kan? Selamat mencuba!

Jangan lupa update WhatsApp terlebih dahulu ya!

Kredit : Sinar


相关文章